Gempa bumi besar menggegarkan Amatrice, Italy!
Gempa bumi besar menggegarkan Amatrice, Italy! | Gempa bumi
berskala 6.2 magnitud telah melanda italy malam tadi! Sekurang-kurangnya 73
orang dilaporkan meninggal dunia dan para penyelamat masih berusaha mencari
mangsa yang berkemungkinan masih hidup di bawah runtuhan banggunan. Gempa bumi
kuat ini telah meruntuhkan banyak banggunan di kawasan pergunungan di
tengah-tengah itali!
Gempa bumi kuat yang melanda Amatrice, Italy ini telah
menyebabkan kerosakan serius kepada beberapa bandar dan kampung-kampung. Kematian
telah dilaporkan di 3 buah kampung di kawasan pergunungan Lazio dan Marche,
Amatrice, Accumoli dan Pescara del Tronto.
Kini, apabila cuaca semakin cerah, pihak penyelamat telah
melihat sesuatu yang lebih mengerikan! Pihak penyelamat juga bertungkus lumus
mencari suara-suara mereka yang tercedera di bawah runtuhan-runtuhan banggunan!
Pihak penyelamat menganggarkan, masih ramai mangsa yang berada di bawah
banggunan.
2 mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pasangan warga tua
yang mendiami rumah di Pescara del Tronto! Menurut polis tempatan, 2 mayat
dikeluarkan daripada runtuhan di bandar kecil Amatrice. Hospital yang berada di
bandar tersebut juga mengalami kerosakan yang teruk dan pesakit-pesakit telah dipindahkan ke jalan-jalan yang masih elok!
Manakala Datuk bandar Amatrice, Sergio Pirozzi memberitahu,
3 suku daripada bandar tersebut telah musnah!Matlamat penyelamat kini adalah
untuk menyelamatkan seramai mungkin mangsa gempa bumi ini.
Pihak penyelamat menggunakan anjing pengesan bagi mengesan
mereka yang masih hidup di bawah runtuhan banggunan. Anjing-anjing ini telah
dilatih untuk mencari dan kemudiannya menunjukkan mereka yang masih hidup. Walau
bagaimanapun, jika anjing tersebut tidak menyalak, ini menunjukkan mangsa
berkemungkinan telah meninggal dunia!
Sehingga kini, terdapat 17 gempa bumi susulan yang
dilaporkan dalam masa tiga jam selepas gempa awal, yang paling kuat berukuran
5.5 pada skala richer. Gempa bumi kuat yang melanda Amatrice boleh dirasai
hingga ke Rome! Iaitu kira-kira 150 kilometer dari pusat gempa.
Kita mendoakan agar ramai yang terselamat dan berharap
segalanya akan kembali normal dan rakyat akan kembali bersemangat untuk kembali
bangkit dari kejadian ini!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com