Baru sekali cashout nuffnang.

Ogos 26, 2016
www.ceritaejoy.com

Baru sekali cashout nuffnang | Nuffnang merupakan di antara medium buat duit paling popular bagi para blogger. Aku bersama blog ceritaejoy juga tidak terkecuali untuk Buat Duit Online bersama nuffnang. Namun sedih nya buat aku adalah, sepanjang aku bersama dengan nuffnang, baru sekali aku berjaya cashout. Dan banyak kali usaha aku untuk cashout di tolak atas alasan fraud click.

Aku suka melihat para blogger yang setiap bulan cashout duit dari nuffnang. Kalian memang hebat! Aku mungkin tidak banyak usaha untuk Buat Duit Online bersama nuffnang. Hingga Kan kadang-kadang tu, iklan nuffnang pun tak keluar dekat blog aku. Tapi tak apa lah. Hehehe.

Sebelum ni, aku memang ada niat nak hentikan usaha buat duit online dengan nuffnang. Sebab kecewa bila permohonan aku untuk cashout di tolak beberapa kali. Tapi bila usaha aku yang terakhir membuahkan hasil, terus aku padamkan niat tu. Hehehe. Lepas je cashout tu *aku lupa dah bila*, hinggalah sekarang, aku tak buka pun akaun nuffnang aku.

Rasanya dalam akaun aku tu dah ada RM500 dah. Wah! Angan-angan tinggi betul. Hahaha. sebenarnya aku bukan tak nak ambil tahu pasal nuffnang, tapi aku nak fokus untuk cari lebih banyak ilmu tentang cara Buat Duit Usd Online. Alhamdulilah, setakat ini aku dah berjaya cashout duit USD dengan Popads. Walaupun tak banyak, tapi merasa juga duit USD.

Bila dah berjaya cashout, aku mula tetapkan untuk dapat lebih income dengan blog. Bila kita semakin berubah, bukankah itu menunjukkan kita sedang berusaha ke arah yang lebih baik? Kan? Buat masa sekarang, aku masih lagi mencari-cari ilmu untuk Buat Duit Dengan Adsense. Alhamdulilah juga, menunjukkan sedikit perubahan, tapi aku perlukan sesuatu untuk buat ianya menjadi lebih besar. insyaAllah.

Aku doakan, rakan-rakan blogger yang lain juga akan berjaya dalam usaha Buat Duit Usd Online ni. Kita boleh berjaya sama-sama. Hehe. Dan pada nuffnang, semoga kamu juga akan memberikan yang lebih pada blog ceritaejoy. Hehehe. Terasa juga nak cashout setiap hujung bulan macam rakan-rakan blogger yang lain. Tak gitu? Hahahaha.

4 ulasan:

  1. Ada adense dan nuffang tak jadi hal ke ? dua-dua boleh masuk dalm blog kita ke ? Tak clash ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer..tapi status pada nuffnang akan bertukar pada non glitterati..hahaha..

      Padam
  2. dah 2x dah.. tp kali ni nak tunggu kemut2 betul amount.. hahahaha nyampesss

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.