Tukar Template Blog lagi.

www.ceritaejoy.com

Tukar Template Blog lagi| Rasanya dah banyak kali Template Blog ceritaejoy ni bertukar. Hahaha. aku memang tak pernah nak kata puas dengan satu-satu benda ni. Sama juga lah halnya dengan dekorasi rumah aku. Manjang berubah je. Hehehe. Cerita nya semalam, bila aku jalan-jalan ke blog sifu Seo Malaysia, hasrul hassan. Aku tengok template blog dia dah berubah. Terus! Aku pun nak ubah template blog aku. hahaha. boleh macam tu? Boleh kan?

Yang sebenarnya, aku suka jenis Template Blog Simple & responsive. Aku tak suka sangat yang nampak macam Mag ataupun yang nampak macam kita ni nak buat bisnes dengan blog. Al-maklumlah, nak jadi Lifestyle Bloggers bukannya nak jadi Business Bloggers. Boleh macam tu? Sekali lagi, boleh je. Ikut diri masing-masing lah kan?

Yang sebenarnya, kita kena selalu godek-godek blog ni. Atau dalam erti kata lain nya, kena selalu berada dalam dunia blog dan cari ilmu baru. Dari situ kita akan belajar macam-macam. Dan dalam pada belajar tu, mesti kita akan jumpa dengan Template Blog Simple & responsive yang kita inginkan. Ala, yang sebenarnya, boleh je kalau nak terus dapat yang cantic-cantik. Tapi bayarlah! Jenis aku, aku suka Free Template Blogspot 2016. Hehe.

Tapi itulah, tak semua yang percuma ini, memenuhi kehendak kita. Itu sebab lah kita kena rajin cari. Kalau tengok top-top blogger, mereka lebih suka menggunakan template berbayar. Sebab apa? Sebab bila kita keluarkan duit untuk satu-satu benda tu, kita mesti nak kan sesuatu yang sempurna dan memenuhi kehendak kita kan? Jadinya, bila mereka bayar template tersebut, penjual template tersebut mestilah memenuhi kehendak pembeli.

Ha. Korang faham tak apa yang aku tulis dekat atas tu? Sebabnya bila aku baca balik, aku jadi macam tak faham pulak. Hahaha. ala, yang penting, korang tahu beza di antara template percuma dan yang berbayar ye. Ok! Ada sesuatu yang sampai ke hari ini, aku masih belum cukup berpuas hati. Aku masih tak berkenan dengan header blog ceritaejoy ni.

Aku nak header yang bergambar. Masalah aku sekarang adalah, aku tak suka ambil gambar sendiri. Hahaha. Biasanya, untuk mendapatkan sekeping gambar yang memuaskan hati aku, aku perlu ambil sekurang-kurangnya 10 gambar atau lebih! Ha, nampak tak teruknya aku dekat situ? Hahaha. Atas sebab itulah, kenapa sampai ke hari ini, gambar di dalam FB aku, tidak ber update. Hahaha.

Tapi takpe lah. Lupakan tentang tu sekejap. Entry ini Cuma nak kasi tahu yang aku dah tukar template baru. Hahaha. Template Blog Simple & responsive. Kalau siapa yang nak cari template ini, korang boleh klik pada bahagian bawah sekali dekat blog ceritaejoy ini. ok? Kalau tak jumpa juga, korang usaha lagi. Kalau masih tak jumpa, nanti aku beritahu dekat mana nak cari ya! hehe.

7 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.