Matador Víctor Barrio maut di tanduk lembu.

www.ceritaejoy.com

Matador Víctor Barrio maut di tanduk lembu| Dah kenapa aku cerita pasal matador ni kan? Hahaha. ceritanya, semalam aku tengok berita. Ada 1 segmen yang cerita pasal seorang matador yang maut di tanduk lembu jantan. Adoi! Kalau korang ada tengok berita semalam, mesti tau cerita ni. Kalau tak tahu, ni aku nak cerita kat blog ceritaejoy ni. hahaha.

Bagi mereka yang tak tahu, matador tu istilah bagi permainan lembu. Ala, yang ada orang pegang kain berwarna kemudian lembu tu akan cuba menanduk. Kalau korang perasan, pada badan lembu tu, ada macam kayu yang tercucuk. Ha, fungsi dia adalah untuk menaikkan lagi kemarahan lembu tersebut. Jadinya, semakin ghairah lembu tersebut nak menanduk, semakin ghairah lah penonton yang melihatnya. Ha, mudah kan?

Tapi samada ada yang perasan ataupun tidak. Warna kain yang digunakan semasa kejadian Matador Víctor Barrio maut di tanduk lembu bukanlah berwarna merah, sebaliknya berwarna purple *atau ke arah pink sedikit*. Biasanya, yang kita tahu, lembu akan jadi marah bila nampak kain warna merah kan? Hahaha, ternyata kita semuanya silap!

Pernah aku terbaca dalam 1 artikel. Lembu sebenarnya buta warna! Lembu akan tertarik pada kain yang bergerak-gerak. Jadinya, gunalah warna apa pun, mesti lembu tu akan menanduk. Kalau masih tak percaya juga, cuba korang tengok semula video Matador Víctor Barrio maut di tanduk lembu tu. Korang tengok warna kain yang mereka guna. Dan juga warna pakaian mereka. Bukannya warna merah pun. Ha.

Ok. Berbalik semula pada kisah matador yang maut ni. Ceritanya, tanduk lembu tersebut telah menembusi paru-paru Víctor Barrio dan aorta terputus dalam masa beberapa saat. Nampak tak betapa extreme nya sukan ini? Hanya dalam beberapa saat sahaja, nyawa boleh melayang. Kesilapan kecil yang boleh membawa maut!

Aku ni, tak lah pandai sangat pasal organ dalaman ni. Tapi melalui bacaan ringkas, aorta tu adalah bahagian yang membawa darah beroksigen ke seluruh tubuh manusia. Jadinya, bila terputus, badan tak cukup oksigen la. Ha. Dan sebab itulah, kematian Víctor Barrio berlaku hanya dalam beberapa saat. Lupa nak kasi tahu, nama lembu tersebut, Lorenzo dari The Los Maños bred bull.

Mengikut berita yang aku translate kan, khabarnya lembu tersebut telah di hantar ke rumah sembelihan. Mengikut tradisi mereka, jika kejadian seperti ini berlaku, lembu yang terlibat akan di sembelih. Ini mengikut bacaan ringkas aku ya! Jangan percaya sangat! Hehe. Nak lebih kepastian, korang perlu cari sendiri. Ok?

Bila berlaku kejadian seperti ini, yelah, siapa yang tak terasa kan? Isteri Matador Víctor Barrio yang menyaksikan sendiri suaminya maut di tanduk lembu berkata bahawa, hidupnya kini telah hilang dan tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupannya. Lebih-lebih lagi, Víctor Barrio menjadi matador pertama yang maut sepanjang tempoh 30 tahun. Eh! Dah macam ayat berita la pulak kan? Hehe.

Apa pun, sukan ini sememangnya berisiko tinggi. Para peminat Víctor Barrio sudah pastinya akan merasai kehilangan beliau. Namun, sukan ini pastinya akan tetap diteruskan. Kerana peminat sukan ini sentiasa mahukan aksi yang menarik dari para matador! Dan terfikir juga, bila lah aku berpeluang nak tengok live sukan ni. berminat juga nak tengok. Hehehe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.