David Teo VS P Ramlee.
David Teo VS P
Ramlee| Hangat betul isu ni. Boleh juga dikatakan viral kerana ramai yang
membicarakan hal ini. Manakan tidak, nama seorang legenda seni tanah air disebut-sebut atau lebih kasar nya lagi dihina kerana pengakhiran kehidupan yang
teruk? Ramai sebenarnya yang tidak pasti kenapa perlu david teo mengaitkan nama
seorang legenda dengan nasihat yang cuba beliau sampaikan.
Kalau kita baca balik kisah kehidupan P Ramlee, memang ramai
yang tidak percaya. Mana mungkin seorang legenda di buat begitu rupa. Banyak juga
cerita-cerita negative, mengenai rakan-rakan yang mengambil kesempatan, dan
juga pihak-pihak berwajib yang seakan tidak mahu ambil peduli dengan P ramlee. Mengenai
kesahihan dan cerita lanjut, kalian oleh baca sendiri di laman sosial FB.
Kerana banyak juga cerita yang dikongsikan di sana.
Yang aku cuba sampaikan adalah, kesilapan David Teo. Nasihat
beliau pada aku berguna jika tidak mengaitkan dengan mana-mana nama. Nasihat
beliau adalah supaya, artis malaysia khususnya, menyimpan wang dan tidak
membazir. Juga perlu ada cara lain di dalam usaha meneruskan kehidupan jika
tidak berjaya lagi di dalam bidang lakonan. Itu mungkin maksudnya.
Namun, apabila David Teo mengaitkan nasihat beliau itu
dengan Nama seorang legenda seni tanah air, ia adalah kesilapan besar! Jangan sesekali
kaitkan apa sahaja dengan P Ramlee! Kamu sememangnya terlalu jauh untuk dibuat
perbandingan. Aku terbaca tweet 1 rakan artis semalam. Katanya, P Ramlee adalah seorang seniman dan
bukannya ahli perniagaan!
Kamu berdua memang seorang pengarah filem. Bezanya adalah,
filem arahan David Teo hanya di tonton tak lebih dari 10 kali. Kalau lebih pun,
mungkin sedikit. Kemudian pasti akan ada filem baru. Bezanya dengan P Ramlee,
filem beliau di tonton sepanjang masa. Sudah berapa lama beliau meninggalkan
kita? namun, filem-filem nya masih ditonton sehingga kini dan hebatnya lagi,
masih mampu membuatkan kita sekeluarga ketawa!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com