The new Mercedes E class.
The new Mercedes E
class|Pernah lihat aku bercerita mengenai kereta? Rasanya pernah sekali,
aku bercerita mengenai kereta vessel dan jazz. Lama dulu. Baiklah, semua dari
kita pasti punya kereta impian. Dah nama pun impian kan? Jika punya rezeki lebih, dapat lah beli, jika tidak, perlu juga usaha kerana rezeki Allah itu luas kan? Orait!
Kereta impian aku adalah Mercedes Benz.
Yang sebenarnya, bukan Mercedes je yang aku suka, aku suka
bmw, Ferrari, Nissan r35, pendek kata, kereta sport la. Dan kalau kereta “besar”,
aku suka kereta Toyota FJ. Dan sekarang ni, sedang berusaha ke arah itu. Semoga
dengan bulan Ramadhan 2016 yang mulia ini, Allah permudahkan dan buka semakin
banyak jalan pada aku untuk dapatkan kereta tu, inshaAllah.
The New Mercedes Benz E Class.
Baiklah, pagi tadi, sewaktu buka email, aku terbaca mengenai
hal ini dalam bahagian promotions. Wow! Merc! Rasanya tak perlu cerita pasal
quality kereta ni kut. Jenama antarabangsa, yang dikenali hampir ke seluruh pelusuk
dunia, dan ianya hanya di pakai oleh golongan professional sahaja. Ini adalah
kerana “kepuasan” yang diberikan kereta ini kepada pemiliknya.
Macam yang aku ada cakap kan tadi, dah nama pun kereta
impian, ini bermakna, kita sukalah tengok kan? Rasanya kalau di tanya pada
orang lain pun, semua pun akan suka dan minat, dan ayat yang akan keluar sudah
semestinya, “tengok boleh la bro, nak beli tu tak la”, betul tak? Hahaha.
The New Mercedes-amg
E43 4matic.
Kalau bukak kat laman web Mercedes Benz, korang mesti
boleh tengok iklan kereta ini. Hebat bukan? bayangkan diri kita yang memandu
dan bukannya model dalam kereta tu. Parking dekat rumah teres yang boleh
memuatkan 2 buah kereta memang sudah cukup membuatkan kita rasa sangat wow! Hahaha.
Harga kereta boleh beli beberapa buah rumah macam ni.
Kereta ni dalam kategori sport cars. Itu yang benar-benar
menarik perhatian aku. Cumanya, aku tak suka bentuk kereta yang keluar kilang
ni. Mana-mana orang pun akan jadikan kereta mereka, lain daripada yang lain
kalau beli kereta baru. Betul tak? The
New Mercedes-amg E43 4matic after market sudah semestinya sangat hebat!
Jom baca apa yang dia tulis di laman web Mercedes Benz
tu:
Hot on the heels of the world
premiere of the new Mercedes Benz E-Class, its first high-performance variant
is on the way from Mercedes-AMG. The E 43 4MATIC with the 3.0-litre V6 biturbo
engine on board will represent the most powerful variant of the executive
saloon when it is introduced in September 2016. With two new turbochargers and
corresponding software applications, the supercharged six-cylinder engine
delivers an output of 295 kW (401 hp). The ample peak torque of 520 Newton
metres is available right from a low engine speed of 2,500 rpm
Ha, faham tak? Kalau kurang faham, sila-sila lah faham ya!
Nak terangkan lebih-lebih, blog ceritaejoy bukan blog automotif. Kalau nak tahu
pasal kereta dengan lebih lanjut, boleh lah ke blog paultan. Ha, situ memang
khas menceritakan perihal automotif ni. hehehe.
Sesuatu yang menarik perhatian para penggemar kereta “mewah”
ini adalah, ruang dalaman The New
Mercedes-amg E43 4matic ini. Jom kita sama-sama lihat. Kemaskan? Selain kekemasan bahagian dalaman yang sering menjadi perhatian, ruangan pemanduan juga adalah
suatu yang menjadi perkara paling utama di dalam penilaian pemilikan kenderaan
baru. Amboi, tiba-tiba berubah ayat aku ni. hehehe. Duduk dan pandu sudah
semestinya impian buat aku! hahaha.
Oklah! Aku nak cerita pula pasal kereta Mercedes benz yang
selalu menarik perhatian aku bila dia lalu dekat sebelah kereta supercharger 12.0L
proton saga BLM aku. Apa macam? Hahaha. Kereta itu adalah Mercedes A250 Amg. Ala, harga ni kalau kita tengok dekat laman web,
adalah dalam RM240,000. Hahahaha. Tambah sikit, dah sama macam harga rumah aku
dah. Hehehe.
Tapi kan, tak salah kalau ianya menjadi impian kan? Impian perlu
ada di dalam usaha seseorang untuk berjaya. Bila ada target, kita akan bekerja
mengikut target tersebut. Sekali lagi! Semoga dengan bulan Ramadhan 2016 yang
mulia ini, aku bermohon kepada Allah, agar diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala perancangan yang telah dirancang. Amin.
smart giler kokpit dalam tu
BalasPadamsmart kan? rasa macam duk dalam kokpit jet..hehe
Padam