Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa
Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa|Siapa dah atau pernah tinggal puasa? Dan siapa yang tak pernah langsung ganti puasa? Aku sendiri pun tak pasti, dah berapa hari aku tak puasa *kalau kira dari dulu sampai sekarang la*. Dulu-dulu, memang tak pernah fikir pun pasal puasa ni. ikhlas cakap. Tak pernah cukup puasa aku sebulan. Bila teringat arwah mak aku, hmm ,sedih juga, katanya, puasa lah, awak dah besar. Dan katanya lagi, Bayar Fidyah Ganti Puasa yang ditinggalkan tu.
Aku bukanlah orang baik-baik. Kerana apa, kerana aku tak
pernah cukup puasa sebulan. Malu kan? Tapi itu dulu, sekarang ni, ada perubahan
yang aku nampak dekat diri aku. Mungkin kerana aku perlu menjadi seorang yang
baik pada mata seseorang, iaitu anak aku. Kalau aku sendiri tak berpuasa, mana
mungkin aku akan mengajarnya cara berpuasa.
Kenapa Perlu Bayar Fidyah.
Fidyah ini atau dalam bahasa mudahnya adalah bayaran denda
yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan
pada sesuatu tahun hinggalah membawa kepada tahun berikutnya.
Hukum bayar fidyah
adalah WAJIB. Bila dah sebut wajib, jawapannya mestilah bayar yer. Cuma ada
yang kurang faham dengan konsep bayar fidyah ini. Ada yang fikir, bila dah
bayar fidyah, tak perlu ganti lagi puasa yang ditinggalkan. Yang sebenarnya,
puasa yang ditinggalkan itu masih perlu diganti ya! Mengikut bilangan hari yang
ditinggalkan.
Sebab dikenakan fidyah.
Ada daripada kita yang tidak mampu berpuasa di atas alasan
yang tidak boleh dielakkan. Dan ada yang memang sengaja tidak mahu berpuasa. Ada
pula yang tidak berpuasa kerana bekerja di dalam keadaan yang teruk. Semuanya punya
alasan sendiri. Dan bila dikaitkan dengan alasan-alasan ini, perlu juga melihat
kepada zaman Nabi S.A.W dan para sahabat di mana mereka mampu berpuasa di dalam
apa jua keadaan.
Baiklah, di antara sebab-sebab
dikenakan fidyah adalah kerana:
1) Uzur.
Mereka yang menghadapi sakit kuat dan tidak mempunyai
harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau
kedua-duanya sekali.
2) Perempuan hamil.
Dengan syarat, dibimbangi keselamatan ke atas bayinya boleh
menyebabkan keguguran. Golongan ini boleh meninggalkan puasa tetapi dikenakan
fidyah dan perlu mengantikan puasa mereka kelak.
3) Ibu yang menyusukan
anak.
Dengan syarat ibunya merasa bimbang, susunya akan berkurang atau
menjejaskan kesihatan bayi.
4) Orang yang meninggal
dunia.
Hutang puasa mereka yang sudah meninggal dunia hendaklah
disempurnakan bayaran fidyah nya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang
ditinggalkan.
5) Melambatkan ganti
puasa.
Mereka yang lambat ganti puasa hingga ke tahun berikutnya,
perlu membayar fidyah dan juga wajib mengantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran
fidyah juga akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
Jumlah Fidyah Yg Harus Dibayar
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan
asasi penduduk setempat) iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah
mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di suatu tempat. Dan beras tersebut
mestilah diberikan kepada fakir dan miskin dan bukannya berbentuk wang tunai.
Aku Cuma berkongsi beberapa perkara ringkas mengenai Perlu bayar fidyah kalau tinggal puasa. Yang
sebenarnya, banyak lagi persoalan yang berbangkit. Cumanya, kalau nak menulis
dekat blog ceritaejoy ni, mahu sampai 1000 patah perkataan nanti. Hehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com