Kenapa rezeki tu rasa susah je nak masuk.
Kenapa rezeki tu rasa susah je nak masuk|Pernah tak korang rasa, rezeki korang ni macam berat je. Ataupun bila dapat duit, cepat je duit tu habis. Kalau dapat sikit rasa nya ok lagi, tapi dapat nya beribu-ribu ringgit, tapi hilang macam tu je. Kenapa ya? Kenapa rezeki tu rasa susah sangat nak masuk? Kenapa ya, Kenapa Rezeki Susah Nak Dapat?
Banyak persoalan yang kadang-kadang bermain dalam minda aku
ni. Tak usahlah nak cakap atau tunjuk kat orang lain. Biasanya atau ada sesetengah
blogger ni, kalau mereka tulis, yang sebenarnya banyak merujuk kepada diri
mereka sendiri. Jadinya, aku macam nak beritahu diri aku sendiri, aku
tertanya-tanya,kenapa Rezeki Susah Nak Masuk.
Nak kata usaha, macam-macam usaha dah buat. Macam-macam cara
dah praktikkan. Tapi tak juga berjaya. Tidaklah aku cakap, aku berhenti
berusaha, tapi aku sekadar tertanya-tanya, kenapa. Apa masalahnya? Dekat mana
salahnya? Atau mungkin ada yang tidak kena dengan apa yang aku buat selama ni?
Duit masuk *maaf cakap ya, bukan niat nak riak atau
berlagak* kadang-kadang sampai 4 angka. Tapi habis nya macam air. Dah cuba buat
simpanan, tapi tak bertahan lama. Terkadang tertanya-tanya juga, Rezeki aku Tak
Berkat ke? Atas sebab tu, duit tu tak tahan lama bila bersama dengan aku?
Antara Sebab Mengapa Rezeki Susah Nak Masuk
Aku cuba cari, apa punca kenapa susah sangat rezeki ni nak
masuk. Dah dapat, cepat pula dia keluar. Itu semua Tanda2 Rezeki Tak Berkat la
tu. So! Kenapa rezeki tu berat je?
- Gemar mengungkit-ungkit pemberian
- Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
- Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
- Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
- Riak bila bersedekah
- Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
- Tidak/kurang beristighfar
- Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Ini yang banyak aku jumpa, yang dikongsikan oleh ramai
blogger. Hmm, item no 2,3 dan 8. Rasanya kena dengan diri aku. Benar! Aku selalu
rasa duit yang aku dapat tu tak cukup. Dapat RM2000, rasa tak cukup. Dapat
RM7000, pun rasa masih tidak cukup. Jadinya, aku nak dapat berapa yang aku
rasakan cukup? Itu yang terjadi.
Dan kenapa aku rasa tak cukup? Kerana tanggungan aku. Banyak
yang perlu aku fikirkan. Kalau hidup sendirian, tiada masalah rasanya. Oleh
yang demikian, aku merasakan segala hal tidak pernah cukup pada aku. Dan
mungkin atas alasan itulah, rezeki tu rasa berat je.
Kemudian sedekah! Dalam agama islam sendiri ada cakap, kalau
nak kaya, kita kena selalu bersedekah. Banyak mana yang kita keluarkan, inshaAllah, banyak juga yang kita akan dapat. Asalkan kita ikhlas dan tidak
menunjuk-nunjuk. Masalah aku sekarang, ikhlas cakaplah, sedekah pun RM1. Itupun
dalam tabung masjid ataupun pada mereka yang ada dekat pasar malam tu.
Dalam kocek ada je duit lebih. Dalam akaun tak usahlah cakap
*tak banyak tapi cukuplah untuk belanja*. Tapi aku tetap juga cari nilai RM1
untuk disedekahkan. Jadinya, nampak apa yang aku cakap tadi, konsep sedekah tu:
“banyak mana yang
kita beri, inshaAllah, banyak juga yang kita dapat”
Tapi masalah aku dekat sini. Berharapkan sesuatu. Itulah
masalah terbesar aku. kalau dah dalam kepala dok fikir, nak harapkan balasan
atau rezeki dari sedekah tu, memang tak dapat apa-apa lah kan? Ikhlas aku cakap, konsep sedekah tu memang benar.
Aku pernah baca dekat 1 blog. Katanya, kalau kita nak RM100,
bersedekahlah sebanyak RM10. Kalau kita mahukan RM1000, maka bersedekahlah
dengan RM100. Jika kita mahukan RM10,000, maka bersedekahlah dengan jumlah
RM1000.
Aku kurang pasti samada ianya secara kebetulan atau tidak. Tapi
aku pernah cuba, keluarkan RM100 dan berikan pada mereka yang benar-benar
memerlukan. Alhamdulilah, rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Aku dapat
RM1000 tak lama lepas tu. Ini sungguh aku cakap. Tak bohong ye.
muhasabah diri
BalasPadamterima kasih sis..:)
Padammemang sukar nak ikhlas, kena sentiasa istiqamah
BalasPadamterima kasih tuan..:)
PadamNice sharing :)
BalasPadamTerima kasih..:)
Padam