Di antara Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Di antara Perkara
Yang Membatalkan Wudhu|Semalam ada 1 majlis berbuka puasa bersama Ustaz
Azhar Idrus. Yang sebenarnya banyak juga koleksi Azhar Idrus Youtube yang boleh
kita tonton. Jenaka yang disampaikan melalui dakwah beliau ternyata berjaya menarik
ramai anak muda untuk mendengarnya. Tahniah! Namun, ada sesuatu yang
benar-benar menarik perhatian aku semalam. Semuanya bermula apabila masuk waktu
solat maghrib.
Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut dalam blog
ceritaejoy ini, secara jujurnya, aku seorang yang jahil tentang agama. Namun,
adalah lebih baik kita belajar daripada diam dan terus-terusan menjadi jahil. Kan?
Cerita dia macam ni, meja makan ustaz azhar idrus ni letaknya selang beberapa
meja dari aku. rasanya ada dalam 2 meja kut. Jadinya, boleh lah nampak beliau
dari tempat duduk aku tu.
Nak dapat peluang makan semeja dengan ustaz azhar idrus, kena lah tunggu aku naik pangkat jadi VP. Mungkin 50 tahun perkhidmatan lagi *
kalau masih kerja di kilang alor gajah inilah* hahahaha. Baiklah. Makan macam
biasa, tetapi lepas makan sahaja, beliau terus lekas-lekas bangun dan mengajak
semua orang untuk solat maghrib.
Dalam hati aku, aiks? Terus nak solat ke? Bukan dah makan
ke? Bukan ke dah batal wudhuk tu? Rasa aku mungkin dia akan ambil semula
wudhuk, tapi ternyata tidak! Ustaz azhar idrus terus ke kawasan solat dan
mendirikan solat maghrib. Ini betul-betul buat aku confius. Tak batal yer
wudhuk yang kita ambil walaupun telah makan?
Di antara Perkara Yang Membatalkan Wudhu.
Aku masih ingat lagi sewaktu kecil, kalau dalam keadaan
wudhuk, kalau ada makanan yang masuk ke dalam rongga mulut, memang terbatallah
wudhuk yang ada. Dan sehinggalah semalam, setelah berpuluh tahun berlalu, aku
masih ingat, kalau makan je, terus terbatal wudhuk yang kita ada.
Harini, aku mencari-cari apakah sebenarnya perkara-perkara yang membatalkan wudhu seseorang. Ilmu ini aku ambil dari laman
web jabatan kemajuan islam malaysia. Ini adalah kerana, aku terasa juga,
bila mana ustaz azhar idrus ada berpesan di dalam ceramah beliau semalam,
katanya, jangan sesekali belajar dengan uztaz google. Hehe.
Baiklah! Berikut adalah perkara-perkara yang membatalkan
wudhuk:
1) Apabila terkeluar sesuatu dari 2 jalan sama ada melalui
qubul atau dubur.
Yang aku faham akan hal ini adalah, samada terkencing atau
terkeluarkan najis. Betul tak?
2) Tidur yang tidak tetap punggungnya.
Mengenai hal ini, ada juga diterangkan, jika tidur secara
mengiring maka wudhuknya tidak batal. Hmm, macam biasa tengok orang tidur
mengiring dekat masjid.
3) Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.
Ok. Ini memang jelas. Sedangkan arak itu menjadi haram
kepada umat islam. Dan hilang akal kerana sakit itu pun sangat jelas. Tetapi,
adakah manusia zaman sekarang ni, yang dilihat semakin hilang akal, juga di
kira terbatal wudhuknya?
4) Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa
alas atau lapik.
Penerangan ini juga tersangat jelas. Namun, jika ditanya
samada batal atau tidak wudhuk jika tersentuh tangan ibu/bapa mertua atau adik
ipar, mungkin boleh diterangkan secara jelas lagi.
5) Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung
lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas.
Ada juga diterangkan, jika tersentuh dengan belakang tapak
tangan maka hukumnya tidak batal wudhuk seseorang itu.
Di dalam penerangan di atas, tiada yang menyatakan bahawa
apabila seseorang makan atau minum boleh membatalkan wudhuk. Jadinya, boleh la
ye kalau kita makan atau minum? Dan selepas itu terus solat? Jadinya selama ni,
apa yang aku praktiknya adalah salah?
Aku ada juga mencari Perkara
Yang Membatalkan Wudhu Makan. Dan di dalam penerangan, apabila seseorang
itu makan daging unta, maka wudhuknya secara automatic terbatal. Namun, tidak
pula dijelaskan kenapa daging unta sahaja. Kenapa mesti daging unta dan
bukannya daging haiwan lain.
Namun, secara jelasnya, daripada bacaan aku, makan dan minum
bukanlah termasuk di dalam Perkara Yang
Membatalkan Wudhu. Namun, jika wujud rasa was-was di dalam diri kita
mengenai wudhuk yang ada, rasanya tidak salah jika kita kembali mengambil
wudhuk. Selain menyegarkan kembali tubuh, banyak juga kebaikan yang kita boleh
perolehi dengan air wudhu ini.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com