Terpulang mahu jadikan blog sebagai apa.
Terpulang mahu
jadikan blog sebagai apa| Sewaktu aku menulis tajuk post aku ni, aku
teringat bait lirik lagu Mahu Jadi Hantu Atau Buaya. Siapa ya penyanyi nya? Maaf.
Aku lupa tapi aku ingat lagu tu. Sebab senang nak ingat kan? Hehe. Orait. Apa ceritaejoy
seterusnya ni? Melihat kepada perkembangan dunia penulisan kini, ramai yang nak
ada blog sendiri. Persoalannya sekarang, untuk apakah blog itu?
Pagi tadi, sewaktu aku masuk kerja, aku terfikir akan hal
ini. Yang sebenarnya, aku tanya pada diri aku, Buat Blog Untuk Apa? (Purpose Of Blogging For?) Adakah sebagai medium penulisan sekaligus
membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah mereka atau sebagai medium Jana Pendapatan Online? (Generate Extra Income Online).
Ini adalah kerana, aku terfikir beberapa rakan blogger aku.
Ada dari mereka menjadikan blog mereka sebagai sumber pendapatan mereka. Yang
membolehkan mereka melakukan Kerja Dari
Rumah (Work From Home). Ada pula daripada mereka, menjadikan blog mereka sebagai medium
penulisan online. Berkongsi ilmu yang mereka ada sekaligus membantu orang lain.
Kena faham ya! Semuanya atas niat. Jika buat blog adalah
kerana ingin Jana Pendapatan Online sahaja,
maka kita akan dapat duit sahajalah tiap-tiap bulan. Kalau niat kita, buat blog
sebab nak bantu orang, percaya atau tidak, duit itu akan datang dengan
sendirinya. Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya jawapan kepada soalan Terpulang mahu jadikan blog sebagai apa
aku tadi tu adalah kerana aku buat blog hanya untuk dapatkan Monthly Income.
Sekarang. Bila dah tersedar dari lamunan hidup. Aku berusaha
untuk ubah niat aku. Niat yang aku pasang pada awalnya ternyata salah. Adoi! Alhamdulilah
tersedar. Itulah, kalau kita asyik fikir duit je, kita mesti tak nampak yang
skop blog ini sendiri adalah sangat luas. Niat bantu orang, atau selesaikan
masalah orang, kongsi ilmu yang ada, inshaAllah, Allah luaskan lagi ilmu kita.
betul bro!.. bukan semata-mata duit. Kipidap!dongibab! :-)
BalasPadamyeah!! hehehe
Padam