Musim cuti sekolah 2016 bermula?.

http://www.ceritaejoy.com/

Musim cuti sekolah 2016 bermula?|Secara jujurnya, aku tak tahu pun sekarang ni cuti sekolah. Tapi melihat kepada keadaan sekeliling, aku macam boleh agak yang sekarang ni tengah cuti sekolah. Korang nak tahu macam mana aku boleh dapat gerak yang sekarang ni cuti sekolah? Tak nak tahu pun, aku cerita juga yer. Hehe. Aku dapat rasa yang sekarang ni cuti sekolah sebab jalan dekat Melaka ni jammed!

Arghh! Melaka ni, waktu cuti sekolah, memang aku 1 family duk rumah jelah! Ramai sangat yang datang Melaka! Lagi-lagi jalan kat area dataran pahlawan sana. Adoi. Rumah mertua aku dekat telok mas. Tak jauh mana pun kalau nak ke Bandar sana. Tapi kalau musim cuti sekolah, memang tersangat lah malas aku nak pergi. Jammed!

Wife yang memang anak jati Melaka, selalu cakap. Kenapa Lah orang suka datang Melaka. Bukan ada apa pun kat Melaka ni. itu dia cakap. Aku pulak cakap, memang lah dia rasa takda apa-apa, sebab dari kecik dia tengok Melaka ni. Orang luar pulak rasa,Melaka ni banyak “attraction”. Banyak tempat bersejarah. Kan?

Macam kami jugak. Kalau musim cuti, suka keluar Melaka. Sebab apa? Sebab kami rasa Melaka takda apa-apa dan tempat lain ada apa-apa. Aku confirm, orang kawasan tersebut pun cakap benda yang  sama macam kami. Buat apa lah datang sini, bukan ada apa-apa pun. Kan? Betul tak? Hahaha.

Tapikan, bila musim cuti sekolah ni, aku rasakan perjalanan aku ke tempat kerja menjadi singkat. Yelah, kalau sebelum ni, banyak kereta keluarga yang nak hantar anak mereka ke sekolah. Belum kira van dengan bas sekolah lagi. Jadinya, perjalanan aku jadi lancar je. Rasa tenang je bawa motor pagi-pagi. Hehe.

Tapi kan, ada satu yang aku rasa kurang bila musim cuti ni. Kurang wangian! Laluan perjalanan aku ke tempat kerja tu, ada 1 sekolah menengah. Selalunya, bila lalu situ, hamboi! Wangi kau! Awek-awek sekolah lalu, adoi! Wangi! Sebotol minyak wangi ke dia sembur kat badan? Dulu aku sekolah, takda pun awek-awek sekolah aku pakai wangi-wangi camtu? Hahaha.

Haip! Ni kalau wife aku baca ni, marah pulak beliau! Haha. Ala, sambil jalan tu, cuci mata la kan? Bukan ada niat nak kacau awek sekolah pun. Tapi kan, pasal awek sekolah tu..haip! hehe. Ni yang malas nak bukak cerita pasal awek sekolah ni. Lain macam perginya kang. Ish!

Oklah! Macam yang aku cakap tadi, bila musim cuti ni, kami anak beranak memang duduk rumah jelah. Memang malas betul nak keluar. Malas nak hadap jammed. Tapi, kalau ada benda yang tak boleh elak, kami redah je. Nak buat macam mana kan? Ish!

Orait, bila dah masuk musim cuti sekolah ni, benda yang korang akan kerap nampak dekat media sosial adalah ramai orang yang akan share gambar selfie mereka! adoi! Tapi kan, tapi, korang nak tahu tak tentang < TIPS:Cara Hasilkan Selfie Awesome Yang Sentiasa Meraih Banyak 'Love' Di Instagram>.Ahha! mana tahu, gambar korang nanti boleh dapat gambar terbaik. Kan? Try lah.

2 ulasan:

  1. Aku duk kat KL. Aku perasan yang sekarang ni tengah cuti sekolah sebab trafik tak sesak sangat. Ha ha terbalik pulak ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..rasanya semua datang melaka kot..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.