Lirik Lagu Hari Guru Malaysia.

Mei 16, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia|Hari ni hari guru kan? Aku pun terlupa, rasanya, setiap 16 mei akan di adakan sambutan hari guru. Ala, maaflah, dah lama sangat tinggalkan sekolah. Guru pun tak semua yang aku ingat. Tapi cikgu disiplin aku, sampai hari ni aku ingat. Jadi kawan lagi. Hahaha! Hari ni, aku bukan nak cerita pasal sejarah aku dekat sekolah dulu, tapi pasal lirik lagu yang para guru-guru dok menyanyi waktu sambutan hari guru.

Waktu inilah pelajar-pelajar nak tengok mana-mana guru yang ada kelebihan vocal. Yelah, tak semestinya suara lantang waktu mengajar, lantang juga ketika menyanyi kan? Kadang aku terfikir jugak, kalau lah time aku dulu dah ada smule, mesti banyak tersebar video guru-guru sekolah yang menyanyi. Hahaha.

Tapi kan, Ala, mesti ada je video guru yang rajin dok smule ni. Cumanya, aku tak kenal la. Kalau aku kenal, lain la ceritanya kan? Tapi kan, bila bercerita pasal guru ni, teringat waktu aku sekolah dulu, aku ada admire dekat seorang cikgu ni. Cantik! Muda! Cikgu ganti! Wahahaha. Tapi aku lupa dah nama dia sapa. Boleh cenggitu? Hahaha.

Haip! Cukup setakat itu, ni aku nak share Lirik Lagu Kami Guru Malaysia. Nanti waktu cikgu-cikgu menyanyi, korang nyanyilah sama-sama ya. Barulah rasa meriah sikit hari guru tu. Betul tak? Hehe.

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia.


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.