Blog ceritaejoy lambat loading?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Blog ceritaejoy lambat loading?|Awal pagi tadi, aku tergerak nak main coding lagi. Yang sebenarnya, aku dah malas nak fikir pasal coding blogspot ni, sebabnya pening+tension kalau buat-buat tak jadi. Kemudian terasa hati nak periksa kelajuan loading blog. Bila tengok keputusannya, rasa macam tension pula. Eh, lambat sangat ke nak loading masuk ke dalam blog ceritaejoy? Yeker rakan-rakan semua?

Cara nak Test Kelajuan Blog ni ada macam-macam. Tapi ramai yang syorkan guna google page speed. Aku sendiri pun kurang faham dengan apa yang diterangkan kat keputusan tu. Tapi bila aku tengok jumlah masa yang keluar tu macam tinggi je, aku boleh agak yang blog ceritaejoy ni macam lambat. Eh slow. Ke lembab? Arghh, tension seketika aku!


Bila berhadapan dengan sesuatu masalah, haruslah aku mencari penyelesaiannya kan? Aku cari pulak Cara Nak Lajukan Loading Blog. Jumpa macam-macam cara, dan yang paling banyak dikongsikan oleh blogger-blogger hebat semua adalah cara yang ini:

Pergi pada template blog>Edit HTML>Ctrl+F dalam kotak tu dan cari </head>.

Kemudian copy code di bawah ini dan pastekan pada bahagian ATAS code tersebut. Yakni atas </head> tu.

<script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/><script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});</script>

Selepas itu save dan cuba semula Test Kelajuan Blog anda. Adakah keputusan nya masih sama atau ada perubahan. Macam aku, aku rasa ada sedikit perubahan. Tapi kan, pada mata kita, rasanya takda beza pun. Kena tanya pada pengunjung blog ceritaejoy itu sendiri. Adakah blog ceritaejoy ni Loading Blog Berat? Atau Loading Blog Lambat?

Hanya dari jawapan kalian, dapat lah aku memastikan samada blog ceritaejoy ini terlalu perlahan loadingnya ataupun Loading Blog Cepat. Jawapan dari kalian semua tersangat lah membantu aku. terima kasih dari aku buat kalian semua.

Lupa pula nak beritahu, jika ada beberapa widget dalam blog ini yang sedikit mengganggu kalian sewaktu singgah ke sini, silahkan beritahu ya. aku juga dah padam beberapa widget yang pada aku boleh menganggu bacaan kalian. Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

  • periksa kelajuan loading blog
  • Test Kelajuan Blog
  • Cara Nak Lajukan Loading Blog
  • Loading Blog Lambat
  • Blog Loading Speed Test

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.