Berbaloikah bayaran bulanan bagi pengasuh anak?
Berbaloikah bayaran
bulanan bagi pengasuh anak?| Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini,
aku nak bercerita pula pasal Upah Jaga
Anak Orang. Dalam ekonomi sekarang ni, memang memaksa kedua-dua pasangan
mencari sumber kewangan. Jadinya, anak-anak perlu di hantar kepada pengasuh
untuk dijaga. Persoalan sekarang, Berapa
Upah Jaga Anak Sebulan? RM250? RM350? RM500? Atau RM1000?
Purata bayaran bagi jaga anak orang dekat area Melaka ni
dalam RM250 hingga ke RM300 bagi seorang anak. Itupun bergantung pada umur
dan makanan. Bagi sesetengah pengasuh, ada yang kena kan bayaran pada makanan
anak tersebut. Tapi rasanya tak semua lah. Dan aku pernah berjumpa dengan pengasuh semacam ini. Mungkin mereka mempunyai alasan mereka yang tersendiri.
Lupakan tentang itu, persoalan sekarang, Berbaloikah bayaran bulanan bagi pengasuh
anak? Kenapa aku cakap macam tu? Ceritaejoy macam ni. Wife aku tidak
bekerja dan memberi sepenuh perhatian kepada penjagaan anak. Dalam beberapa
masa, ada juga jiran-jiran terdekat yang bertanyakan kepada wife aku sama ada ada
menerima untuk menjaga anak kecil.
Tapi, semuanya wife aku tolak. Bila aku tanyakan pada wife aku, kenapa
tolak? Bukankah ianya boleh memberi income pada wife aku? Jawapan yang diberi pada aku, mudah je, berbaloi ke dapat sebulan RM350 berbanding kepenatan yang
dia terima beserta risiko yang besar?
Kami mempunyai 2 orang anak kecil. Faham-faham jelah kalau
ada anak kecil dekat rumah. Rumah tak macam rupa rumah dah. Itu normal. Bagaimana
pula kalau ianya bertambah lagi? Ini bermakna, perhatian wife aku perlu
bertambah 2 kali ganda. Itu belum cerita pasal risiko lain.
Yelah, yang kita jaga itu benda bernyawa. Nyawa manusia ni
bukan murah. Kalau jadi apa-apa dekat anak tu, dah tentulah ibubapa ni akan
salahkan 100% pada pengasuh tu. Silap-silap di bawanya pengasuh tu ke mahkamah.
Mana tahu kan? Dah la dapat bayaran RM 350 sebulan, kalau kena denda, tak kan jumlah macam tu? Dah tentulah lebih kan?
Lepas tu, kalau demam ke, apa-apa sakit ke, mereka tetap
hantar pada pengasuh. Dah tentulah pengasuh perlu beri lebih perhatian pada
anak tu. Dan anak sendiri akan kurang mendapat perhatian. Aku kurang pasti,
dalam situasi seperti ini, adakah bayaran kepada pengasuh tersebut masih sama
atau bertambah. Yang aku pasti, perhatian pengasuh tersebut yang akan
bertambah.
Ini semua ayat-ayat yang keluar dari wife aku. Aku Cuma kongsikan
di blog ceritaejoy. Jadinya, aku ada tanya juga pada wife aku. Macam mana cara
dia tolak mereka yang nak hantar anak mereka tu pada wife aku. Kata wife aku
mudah je, kalau awak nak saya jaga anak awak, boleh. Tapi bayaran adalah
bersamaan RM1000 bagi setiap orang. Wahahaha.
Nampak, mahal kan? Tapi wife aku cakap, itu bersamaan dengan
risiko yang dia bakal terima. Aku terfikir juga, kalaulah dia jaga 2 orang, dah
RM2000 sebulan. Wah! Tapi hakikat yang sebenarnya, dia nak tolak untuk jaga
anak orang. Sebab tak nak ambil risiko. Dia kata nak fokus pada anak sendiri. Tapi
kan, kalau lah orang tu betul boleh bayar dengan jumlah macam tu, macam mana? Nak
terima? Ish!
Orait! Ini aku nak hebahkan tawaran istimewa daripada Airasia! Siapa yang nak menang <10,000 AirAsia BIG Points>? kalau nak, boleh klik kat link yang di beri tu. cepat! Tawaran terbuka sehingga 31 Julai 2016 Sahaja!
Orait! Ini aku nak hebahkan tawaran istimewa daripada Airasia! Siapa yang nak menang <10,000 AirAsia BIG Points>? kalau nak, boleh klik kat link yang di beri tu. cepat! Tawaran terbuka sehingga 31 Julai 2016 Sahaja!
Saya beri mak saya RM500.00 sebulan sebagai hadiah... Faham susah payah dia menjaga, mengasuh dan mendidik anak saya sewaktu saya bekerja... ☺️
BalasPadamTq kerana masuk blog saya dalam blog travel bloggers.
BalasPadamuntuk suami yang berpendapatan sederhana, x salah bini cari pendapatan tambahan kan..... kalau suami mampu, xpela...pendapat saya utk surirumahtgga
BalasPadam