Amran Fans di kecam kerana permainkan isu cangkul.

Mei 23, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Amran Fans di kecam kerana permainkan isu cangkul| Sekarang ni memang tengah panas isu pembunuhan seorang remaja perempuan di Negara jiran kita. Pembunuhan tragis menggunakan batang cangkul. Kami di malaysia turut sama bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Dalam pada semua orang mengikuti kes selanjutnya selepas penangkapan 3 pelakunya, 1 page terkenal, iaitu Amran fans di lihat seperti mempermainkan isu ini dengan kerap kali menggunakan perkataan batang cangkul.

Aku ada juga perasan beberapa post amran yang menggunakan ayat batang cangkul ni. Tapi takde lah aku komen apa-apa. Tapi tak lama lepas itu, amran ada mengeluarkan beberapa post yang meminta maaf di atas post-post sebelumnya. Aiks? Dah kenapa? Bukankah amran fans dikenali sebagai seorang yang lantang bila bersuara? *bersuara ke menaip ek? Sebab kat page kan? Erks*.

Mulanya memang aku tak tahu apa-apa. Tapi bila baca post seorang rakan blogger yang banyak citer seram dekat blog dia, baru aku tahu yang Amran Fans di kecam kerana permainkan isu cangkul. Owh patutlah berulang kali dia minta maaf. Tapi kan, ada 1 post amran yang cakap, dia tak nak minta maaf lagi.

Sebab Nya, dah berulang kali dia minta maaf tapi tetap juga kena maki. Sudahnya dia malas nak minta maaf lagi dan memadam semua post berkaitan maaf tu. Uish! Marah sungguh amran fans. Ada juga post dari amran yang menyalahkan seorang admin nya kerana tidak peka dengan keadaan semasa. Adoi! Mungkin dia sekadar ingin bergurau seperti sebelumnya, tapi isu ni bukan isu main-main, tu sebab orang marah.

Kalau dalam dunia sebenar, orang selalu cakap, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. Tapi dalam dunia social, terlajak post, boleh jadi viral dan dikecam orang. Hahahaha. Aku tak pasti samada isu ini dah settle ke belum. Sebab tak sempat nak bukak facebook. Apa pun, harap nya selesai la kan. Ish!


Orait! Kita lupakan dulu isu amran fans ni. Ni aku nak share dengan korang, <hanya dengan RM50, korang boleh sampai ke lokasi menarikini>. Mungkin ramai yang tak percaya, wujudnya lokasi seperti ini di malaysia. Apa macam? Jom Lah ramai-ramai ke sana ya! 

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.