2 post Ada Apa Dengan Cinta 2 Pada Top Search Google.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

2 post Ada Apa Dengan Cinta 2 Pada Top Search Google|Aku lelaki, tetapi cukup suka dengan filem ada apa dengan cinta. Ramai yang beranggapan, lelaki yang meminati filem ini adalah jiwang, tapi pada aku, normal lah kalau tengok filem macam ni. Daripada tengok drama tangkap leleh bagai. Orait! Saja lah aku cari keyword Ada Apa Dengan Cinta 2 Malaysia, tapi ternyata masih belum kuat untuk dapatkan keyword itu.


Tapi, percaya atau tidak, kalau korang search keyword Ada Apa Dengan Cinta 2 Malaysia ini, kebanyakkan blog yang berada di top page adalah blog daripada Indonesia. Ya! Blogger dari Indonesia! Walaupun keyword yang anda gunakan adalah keyword malaysia. Hebat juga teknik Seo Blogger Indonesia ni kan?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tujuan aku cari blog dari malaysia adalah ingin mengetahui pandangan mereka mengenai filem ada apa dengan cinta 2 ini. Aku dah baca banyak mengenai pandangan daripada blogger Indonesia, kini aku mencari pandangan daripada blogger malaysia pula. Aku pasti, ada blogger malaysia yang ada tulis review ada apa dengan cinta 2 ini, antaranya Cik Epal.

Eh, dia menang ko dengan keyword review ada apa dengan cinta 2 ni. Hebat juga Cik Epal ni kan? Hehe. Top blogger malaysia kut. Selepas tak berjaya dengan keyword Ada Apa Dengan Cinta 2 Malaysia, aku cuba lagi cari. Tujuan aku sebenarnya nak baca review pasal blogger dari malaysia ya! Bukan sebab nak tengok blog aku ada ke tak. Ini serius ya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Baiklah, aku terfikir, apa yang orang akan tekan kalau nak cari cerita pasal filem ada apa dengan cinta 2 ni. Sudahnya, aku taip je, siapa dah tengok ada apa dengan cinta 2. Yeah! Dapat juga blog-blog dari malaysia yang berceritakan mengenai filem ini. Ada yang aku kenal dan ada juga yang aku baru kenal.

Dalam pada dok mencari tu, aku ternampak 2 post aku mengenai filem ada apa dengan cinta 2 ni ada dekat Top Search Google. Wah! Haruslah seronok! Sebabnya, blog kecil kut, lepas tu 2 post sekali. Ish! Ke orang tak search macam yang aku search tu? Hmm.

Apa pun, aku memang seronok bila 2 post aku pasal filem ada apa dengan cinta 2 ni ada dekat top search. Walaupun tak menang dengan keyword review ada apa dengan cinta 2 ataupun Ada Apa Dengan Cinta 2 Malaysia, dapat keyword mudah macam siapa dah tengok tu pun kira ok lah kan? Hehehe.

2 ulasan:

  1. cuba pula cari filem Malaysia yang direviu oleh blogger Indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada bang..saya pernah baca..filem puteri gunung ledang..yang m.nasir belakon tu..ha. ada blogger indonesia yang review..

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.