Perniagaan kapal jatuh.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Perniagaan kapal jatuh| Pagi tadi, waktu nak bergerak ke tempat kerja, aku terfikir 1 benda. Zaman sekarang ni, segala macam menjadi mudah. Orang yang tak tahu masak pun, boleh pandai memasak hanya dengan menggunakan aplikasi google. Orang yang tak tahu apa-apa mengenai kenderaan, boleh jadi tahu apa-apa hanya dengan aplikasi google. Dan bagaimana pula dengan perniagaan? Apa kaitannya dengan aplikasi google ni?

Baiklah. Macam yang aku ada cakap kan tadi, mereka yang tahu apa-apa pun, boleh jadi tahu apa-apa. Dalam perniagaan, mereka yang tak tahu nak berniaga apa, boleh dapat macam-macam produk untuk diniagakan, dengan hanya mencari di google. Dan melihat kepada pembangunan perniagaan dalam talian kini, ramai yang menawarkan Peluang Niaga Dropship.


Apa Itu Dropship? Dan bagaimana Cara Niaga Dropship? Aku dulu tak tahu pun apa itu dropship. Siap fikir, drop tu jatuh, ship tu kapal, jadinya kapal jatuh lah kan? Hahaha. Rupanya tidak, dropship bermaksud:

“1 bentuk perniagaan, dimana penjual menggunakan/memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai produk untuk berniaga. Mereka yang tidak mempunyai produk ini, mengiklankan produk daripada penjual dan mendapat keuntungan daripada situ. Sebagai contoh, penjual meletakkan harga bagi sebuah produk sebanyak RM50. Dan mereka yang menjualkan semula produk itu meletakkan harga bagi sebuah produk itu berjumlah RM60. Ini bermakna mereka untung RM10 bagi 1 produk yang terjual.”

Keuntungan bagi mereka yang menjalankan perniagaan dropship ini adalah, mereka tak perlu simpan produk yang banyak di rumah dan segala penghantaran produk diuruskan oleh penjual. Mereka hanya perlu iklankan dan cari pembeli. Inilah yang aku maksudkan dengan Perniagaan kapal jatuh tu. Peniaga cari siapa yang nak buat dropship, dan mereka yang buat dropship inilah yang kembangkan sesuatu perniagaan tu.

Ini sebenarnya adalah situasi “win-win”. Bukan mengambil kesempatan ke atas orang lain ya! sebabnya, mereka yang jalankan bisnes dropship ini, kebanyakkannya tiada produk sendiri. Kemudian keuntungan sebuah produk itu terletak di atas peniaga dropship ini. Dan peniaga juga untung kerana ada orang yang jalankan produk mereka. Tidakkah ianya sangat bagus?


Baiklah. Sekarang semua dah fahamkan bagaimana caranya sistem Perniagaan kapal jatuh ni? Cumanya nasihat aku kepada peniaga, janganlah harapkan mereka yang buat dropship tu je, kita pun kena lah usaha sama untuk kembangkan perniagaan kita. ya? hehehe. Ok, sekarang siapa yang berminat untuk join bisnes dropship?

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.