Kasihnya Seorang Ayah.


Kasihnya Seorang Ayah. Aku tergerak nak menulis mengenai hal ini, selepas aku terbaca 1 post di facebook. Aku masih mempunyai seorang ayah dan kini aku juga sudah bergelar seorang ayah kepada 2 orang cahaya mata. Yes! Ayah bukanlah seorang yang mesra dengan anak-anaknya berbanding ibu. Namun ayahlah yang sebenarnya banyak memikirkan mengenai hal-hal orang disekeliling mereka tanpa mereka semua tahu.

Pengorbanan seorang ayah lebih banyak “di sorokkan”. Kesedihan seorang ayah lebih banyak “ di simpan”. Semuanya hanya untuk memastikan orang disekeliling mereka gembira. Aku mempunyai seorang ayah yang tidak bercakap dengan anak-anaknya. Namun selepas ibuku pergi menghadap ilahi, ayah aku mula “mendekatkan” dirinya dengan anak-anaknya.

Aku tidak menyalahkan ayah aku. Aku tahu kenapa dia jadi semacam itu. Bukan dirinya sengaja ingin menjauhkan diri dengan anak-anaknya. Namun beliau langsung tidak melepaskan tanggungjawab yang diberi. Aku tahu semua itu. Sekarang, selepas ibuku telah tiada, ayah aku masih tidak pandai berbual mahupun bertanya khabar kami. Aku juga tidak menyalahkannya. Aku tahu, tidak semudah yang kami semua fikirkan.


Aku tahu, beliau ingin sentiasa bertanya khabar kami. Kerana sebelum ini, ibulah tempat beliau bertanyakan pelbagai perkara mengenai kami adik beradik. Bukanlah aku kata aku tak menghubunginya langsung. Ada. Tetapi perbualan kami hanya singkat. Selebihnya aku banyak berbual dengan adik aku yang tinggal bersama dengan ayah kami.

Di usia yang semakin tua, aku melihat ayah aku penuh kekosongan. Anak-anak lah yang mengisi kekosongan itu. Terlalu banyak pengorbanan yang beliau berikan, yang kami semua tak tahu! Hanya diketahui oleh arwah ibu sahaja. Aku tahu segala itu, kerana aku juga seorang ayah! Banyak jasa yang tak mampu aku dan adik beradik balas. Hanya mampu memberi kebahagiaan kepadanya.


Manusia. Diberikan sesuatu, tak pernah menghargai. Mereka yang tidak mempunyai apa-apa, ingin merasakannya. Manusia! Menghargai saat sudah tiada. Allahurabbi. Terkadang aku sendiri jauh daripada landasan kehidupan. Aku bersyukur kerana, Allah sentiasa mengingatkan aku. Hargailah ibubapa anda semasa mereka masih hidup. Berbaktilah kepada mereka. Dan janganlah lupa saat mereka sudahpun tiada di sisi anda. Kirimlah doa kepada mereka..amin.

2 ulasan:

  1. seorang ayah memang menjadi orang yang sangat berpengaruh sekali dalam hidup kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..setiap apa yang dilakukan seorang ayah, pasti menjadi ikutan pada anak-anak..

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.