Kambing lahirkan anak berwajah manusia.
Kambing lahirkan anak
berwajah manusia|Semalam aku terbaca kisah ini melalui perkongsian rakan di
laman whatsapp. Mulanya macam tak percaya, tapi lepas tengok gambar dan
bertanyakan pada rakan-rakan, aku menjadi semakin percaya. Benar, hanya dengan
kekuasaan Allah sahaja, setiap apa yang di bumi ini boleh terjadi.
Kambing Lahirkan Anak Manusia
Aku masih tertanya-tanya, apakah penyebab kepada lahirnya
anak kambing yang wajahnya sedikit iras manusia tu. Bila aku mulakan perbualan
dengan rakan-rakan, ramai daripada mereka yang katakan, berkemungkinan ada
manusia yang berSetubuh Dengan Kambing tersebut.
Kurang faham? Orang main dengan kambing. Ha, faham?
Mungkin ada daripada kita yang tak percaya, tapi percayalah, terdapat 1 penyakit di mana, manusia lebih bernafsu dengan haiwan! Jijik
bukan! Masih tak percaya? Cubalah cari dekat internet, pasti korang akan jumpa.
Tak silap aku, penyakit tu di beri nama Zoophilia.
Kalau tak silap aku la.
Ok, berbalik semula kepada cerita Kambing Lahirkan Anak Manusia ni,kes ini terjadi di Negara kita ya!
Bukan Negara luar! Itu yang sedikit memeranjatkan aku. Dan melalui perkongsian
gambar, memang ada sedikit wajah manusia pada wajah anak kambing tersebut.
Walau bagaimanapun, anak kambing tersebut mati selepas di
tanduk ibunya sendiri. Mungkin disebabkan ibu kambing tersebut tidak percaya
yang dilahirkan itu adalah anaknya. Pada aku ada baiknya juga anak kambing
tersebut mati, kerana risau takut ada yang mengangkat anak kambing itu sebagai
sesuatu yang keramat!
Mengikut kata ustaz, anak kambing itu mesti di uruskan sama
seperti manusia Cuma tiada solat. Mengenai hal itu, aku kurang jelas. Biarlah mereka
yang lebih arif bercerita mengenai hal ini. Fikiran aku, mungkin disebabkan Kambing lahirkan anak berwajah manusia, ianya
perlu di uruskan seperti manusia.
Ibu kambing tersebut pula di sembelih dan di tanam. Kata ustaz
juga, dagingnya tidak boleh di makan. Sekali lagi, aku tak boleh bercerita
panjang mengenai hal ini. Biarlah mereka yang bijak pandai bercerita mengenai
hal ini. Tujuan dilakukan seperti itu, mungkin sama halnya dengan apa yang aku
ada katakan awal tadi.
Pada aku, aku juga bersetuju dengan tindakan itu. Sebabnya,
bila berlaku sesuatu seperti ini, ada beberapa pihak yang akan menganggap
haiwan tersebut mempunyai keramatnya tersendiri dan mula memuja haiwan
tersebut. Jadi pihak berwajib ingin mengelakkan perkara ini daripada terjadi,
maka membuat keputusan untuk menyembelih kambing tersebut.
Apa pun, ada sesuatu yang ingin disampaikan dengan kejadian Kambing lahirkan anak berwajah manusia ini.
Kita sebagai manusia, harus memikirkan kenapa perkara seperti ini terjadi. Sama-samalah
beringat sesama kita. Semoga dijauhkan dari segala perkara yang tidak di
ingini. Amin.
tak de gambar ke?huhu nak tengok
BalasPadamada..cuba adk dayah search dekat google..saya saja je malas nak upload dekat sini..sebab rasa macam mengganggu pula kalau tengok lama-lama..:)
PadamSalam jumaat..
BalasPadamAda juga terbaca...
tp x sanggup nak tgk gambar...
apa² pun..semoga kejadian seperti itu tidak lagi berulang di negara ini..
macam saya, saya cepat-cepat download gambar tu..sebab nak tengok, betul ke rupa manusia..betullah tu, semoga kejadian ini tidak berulang lagi. amin.
Padam