Bayaran untuk review produk di blog.
Bayaran untuk review
produk di blog|Review Blogs For Money| Bagi blogger otai ataupun Blogger
Sepenuh Masa , mereka sudah sedia maklum akan setiap cas yang akan mereka
kenakan bagi apa-apa “projek” di blog mereka. Namun, masalah timbul bagi
blogger baru seperti aku, bilamana di tanyakan soalan, berapakah bayaran yang
perlu dibayar jika ada mana-mana pengiklan ingin iklankan produk mereka di
blog?
Umum mengetahui, blog kini menjadi salah satu medium
pengiklanan terhebat selain daripada media
massa yang lain. Dengan cas yang boleh dikatakan rendah, blog terbukti mampu
mengembangkan perniagaan sekaligus memberikan pendapatan yang besar kepada
pengeluar produk. Jadi tidak hairan lah, banyak pengeluar produk memilih untuk
beriklan di blog.
Ini adalah 1 peluang buat blogger untuk Jana Income Dengan Blog. Penulisan yang pada awalnya hanya untuk
suka-suka kini beralih menjadi sumber pendapatan kepada blogger. Ini juga
adalah salah satu daripada Kerja Dari
Rumah Online. Seronok Kan? Kita menulis saja-saja, tapi dapat duit. Dan jika
kena dengan caranya, pendapatan yang terhasil daripada blog setaraf dengan
mereka yang bekerja di pejabat! Malah mungkin lebih daripada itu! Hebat bukan?
Baiklah, berbalik semula kepada Bayaran untuk review produk di blog, aku yang sememangnya tidak
punya apa-apa pengalaman, terus merujuk kepada Pakar Seo Malaysia, sifu HH. Aku sememangnya banyak merujuk kepada
beliau perihal ilmu mengenai blogspot. Dan boleh dikatakan, banyak yang ada di
blog ceritaejoy, aku belajar daripada blog HH. Hehehe.
Baiklah, mengikut daripada apa yang dikongsikan, bayaran “standard”
bagi satu-satu review di blog adalah bersamaan RM100. Ini adalah bayaran
standard yang dikenakan ramai blogger. Namun, ianya bukan lah harga tetap. Ia mengikut budi bicara pemilik blog dan kelebihan mereka yang beriklan. Jika ayat yang digunakan mereka manis dan penuh dengan budi bicara, silap-silap, pemilik blog
tidak mengenakan apa-apa bayaran pun. Hehe.
Jika di tanya pada aku, sama halnya jugalah seperti yang aku
ceritakan di atas. Bagi sebuah jenama besar, nilai seperti itu tidaklah
sebesar mana. Kerana aku sendiri pernah menerima bayaran sebanyak USD25 bagi
sebuah review. Dan itu juga adalah review pertama yang aku buat dan bayaran
pertama yang aku terima! Tidakkah ianya adalah sebuah pengalaman yang manis?
Perkongsian mengenai Bayaran
untuk review produk di blog ini ditulis adalah untuk menerangkan “harga
standard” bagi sesebuah review di blog. Namun ianyanya bukan lah harga tetap. Setiap
pemilik blog ada menetapkan harga mereka yang tersendiri. Nilai ini diberikan oleh seorang daripada Top blogger malaysia. Semoga perkongsian ini sedikit
sebanyak memberi manfaat kepada semua.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com