8 perkara penting sebelum membeli kasut!


8 perkara penting sebelum membeli kasut! Ahha! Jangan ingat orang perempuan sahaja ya yang suka buat koleksi kasut, orang lelaki pun turut sama mempunyai hobi ini ya! Dalam edisi kali ini, aku cuba untuk kongsikan beberapa Tips Beli Kasut khasnya kasut sukan la. Zaman sekarang ni, faktor pemakanan menjadi penyebab utama kepada masalah kegemukan. Dan ramai di kalangan kita mula sedar akan hal ini, dan mahu hidup secara sihat.

Jogging adalah salah satu daripada cara Bakar Kalori Dengan Cepat. Selain menyihatkan jantung, banyak lagi Kelebihan yang ada pada Aktiviti Jogging ni. Dan kalau kita nak mula berjogging, kasut yang digunakan haruslah betul supaya tiada kecederaan yang boleh berlaku pada tapak kaki kita. Oleh yang demikian, terhasil entry ini, taraa! 8 perkara penting sebelum membeli kasut! Ayuh lanjutkan bacaan anda!


Kenali tapak kaki anda!

Sebelum mula mencari kasut yang sesuai, cuba untuk kenal pasti jenis tapak kaki anda. Harus di ingatkan ya, Jenis Tapak Kaki Manusia adalah berbeza dan tidak sama ya!


Ukur kaki anda dengan kerap.

Lupakan pasal mitos mengenai saiz kaki manusia tidak akan berubah apabila dewasa! Saiz kaki manusia berubah seiring dengan peningkatan usia! Oleh yang demikian , ukur saiz kaki kita sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Perlu diketahui juga, Saiz Kaki Uk adalah berbeza dengan Saiz Kaki Euro. Jadi kenal pasti saiz kaki anda terlebih dahulu.


Jangan terlalu ketat!

Jangan sesekali membeli kasut yang memenuhi segenap ruang kaki anda! Pilihlah kasut yang sedikit besar kepada kaki kita. Beri ruang untuk kaki kita bernafas! Perlu diingatkan, aktiviti jogging adalah suatu aktiviti yang memerlukan tenaga yang lebih daripada kaki. Jangan nanti badan sihat, kaki pula bengkak-bengkak!


Pakai stoking!

Kelebihan Pakai Stokin ketika berjogging adalah, ianya mampu mengelakkan kaki kita daripada luka yang mungkin terhasil daripada geseran diantara kaki dan kasut. Pemilihan stoking yang betul juga memainkan peranan yang penting di dalam melindungi kaki kita daripada melecet!

Orait! Inilah adalah 4 daripada 8 perkara penting sebelum membeli kasut! Pemilihan kasut adalah sangat penting di dalam memastikan kaki kita sentiasa sihat. Sambungan 4 tips lagi ada di dalam entry ini <4 Tips memilih kasut sukan yang betul>. Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy ya!

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.