Kita ni pipit, mereka tu enggang.
Kita ni pipit, mereka
tu enggang. Ceritaejoy kali ni, aku nak cerita pasal risiko mereka yang
menunggang motosikal. Kenapa? Sebab aku adalah salah seorang daripada mereka.
Aku lebih selesa menunggang daripada memandu. Aku rasakan diri aku “bersatu”
dengan alam semula jadi apabila aku berada di atas motosikal. Pernah dengar Peribahasa
Pipit Dengan Enggang? Ha, inilah yang cuba aku ceritakan dalam entry aku kali
ini.
Baik. Semalam ada beberapa kejadian kemalangan yang melibatkan
motosikal. Mengenai siapa yang salah, itu aku tak nak sentuh. Kang ada yang
cakap aku lebih memihak kepada penunggang motosikal. Sebenarnya tidak, kerana
aku juga adalah seorang pemandu. Dan ramai penunggang motosikal adalah pemandu.
Tapi 1 je yang ramai orang tak tahu:
“ hampir semua
penunggang motosikal adalah pemandu, tapi tak semua pemandu itu adalah
penunggang”
Mengenai Kemalangan
Motosikal Terkini atau lebih tepatnya, Kemalangan
Motosikal Berkuasa Tinggi, walaupun motosikal yang ditunggang adalah dalam
kategori yang besar, tapi tidak mampu menandingi besarnya kenderaan lain
seperti kereta, lori atau kenderaan berat yang lain! Motosikal ni lansung takda
perlindungan! Impak yang datang tu, terus sampai kepada penunggang, berbeza
dengan pemandu yang dilindungi dengan kerangka besi.
Ada juga kes, penunggang motosikal yang terlibat kemalangan,
jatuh ke laluan bertentangan, yang dalam masa yang sama ada kenderaan lain di
laluan tersebut. Impak daripada itu, mengakibatkan kecederaan atau lebih
teruknya, meragut nyawa. Risiko penunggang motosikal dikatakan lebih tinggi
berbanding dengan kenderaan lain.
Itu yang aku ada cakap waktu di awal tadi, kita ni pipit,
mereka tu enggang. Ibarat motosikal ni kecil jika nak dibandingkan dengan
kenderaan 4 roda yang lain. Bukanlah nak kata semua penunggang motosikal itu
baik. Tidak. Benar, ada segelintirnya tidak baik. Sama halnya juga dengan
pemandu kenderaan 4 roda. Bukanlah semuanya jahat. Tidak. Cuma ada
segelintirnya sahaja.
Apa yang aku cuba sampaikan, kami ni penunggang motosikal
mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terlibat dengan kemalangan di atas
jalan raya. Jadi, adalah besar harapan aku, agar kita sama-sama berhati-hati
dan menggunakan jalan raya dengan cara yang betul dan selamat. insyaAllah,
semoga Allah melindungi kita semua dari segala perkara yang tidak kita
inginkan. Amin.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com