Fenomena Gerhana Bulan Penumbra 2016.
Fenomena Gerhana
Bulan Penumbra 2016. Rasanya baru sahaja terjadi Gerhana Matahari 2016, dan
hari ini, kita di dengarkan pula dengan fenomena yang bakal berlaku malam ini,
gerhana bulan. Tapi ada sedikit yang aku kurang faham dengan fenomena kali ini.
Apa Itu Penumbra? Apa Itu Gerhana Bulan Penumbra?
Ini membawa aku kepada pakcik google untuk kesekian kalinya,
bagi bertanyakan apakah maksud disebalik Gerhana
Bulan Penumbra 2016 ini. Terima kasih kepada Wikipedia. Baiklah, Pengertian
Penumbra Adalah :
“ Gerhana bulan
berlaku apabila sebagian atau semua bahagian bulan yang diliputi oleh
bayang-bayang Bumi. Ia berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan
pada garis lurus yang sama, jadi cahaya matahari tidak boleh sampai kerana
terhalang oleh bumi.”
Ini adalah penerangan kamus. Apa yang aku faham, bila bumi kita ni, berada selari dengan matahari dan bulan, maka terjadilah gerhana
bulan atau lebih tepatnya Gerhana Bulan
Penumbra 2016. Ha, ini bahasa yang aku atau mungkin sesetengah daripada
kita faham. Kalau korang tak faham juga, korang boleh teruskan bacaan korang di
falakonline.net. Dekat situ korang akan diterangkan secara detail mengenai
fenomena Gerhana Bulan Penumbra ini.
Bahaya Gerhana Bulan Untuk Wanita Hamil.
Apa yang menariknya, apabila aku search keyword mengenai Bahaya
Gerhana Bulan, keyword ini berada pada top ranking carian. Kenapa gerhana bulan
menjadi sangat bahaya kepada wanita hamil? Apakah impak yang bakal terjadi? Ahha!
Menarik kan cerita ni? Aku suka! Aku suka!
Menurut perkongsian daripada sebuah blog, saat terjadinya Gerhana
Bulan Penumbra, mana-mana ibu hamil tidak dibenarkan keluar rumah kerana takut
bayi di dalam kandungan mereka menjadi cacat! Dan ibu hamil juga tidak
dibenarkan menggunakan pisau untuk memotong apa sahaja ketika terjadinya
gerhana bulan kerana dikhuatiri bayinya akan dilahirkan sumbing! Dan apa yang
menarik perhatian aku adalah, mana-mana ibu hamil yang MENYENTUH perut mereka
saat terjadinya gerhana bulan, bayi yang bakal lahir akan memiliki tanda lahir
pada mana-mana bahagian tubuh mereka!
Next entry : Kenapa korang kena beli Samsung Galaxy S7.
Huh! Seram juga kan? Tapi ini lagi seram, yang sebenarnya, Bahaya Gerhana Bulan Untuk Wanita Hamil ini
hanyalah mitos semata-mata! Kita sebagai umat islam, harus lah mempercayai
segala yang terjadi di atas bumi dan di sekeliling kita hanyalah atas kehendak
Allah. Jika Allah berkehendak sesuatu, maka jadilah ia. Tak kisahlah sewaktu
gerhana bulan ataupun tidak. Ya! J
Shalat Gerhana Bulan
Dan Niatnya.
Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Aku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
Rakaat Pertama
1. Takbiratul
Ihram.
2. Membaca doa
iftitah.
3. Membaca
Ta`awudz.
4. Membaca surah
Al-Fatihah.
5. Membaca
mana-mana surah, yang lebih afdhal adalah surah al-Baqarah.
6. Rukuk dan
membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7. Iktidal serta
membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Rukuk sekali
lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan
membaca tasbih.
11. Duduk antara 2
sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke
rakaat kedua.
.
Rakaat kedua.
1. Membaca surah
Al-Fatihah.
2. Membaca surah
Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Rukuk dan membaca
tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4. Iktidal serta
membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Rukuk dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan
membaca tasbih.
8. Duduk antara
2 sujud.
9. Sujud
kembali.
10. Membaca
tasyahud akhir.
11. Memberi salam.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com