Etok? Apa benda tu?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Etok? Apa benda tu?. Ceritaejoy bermula pagi tadi,waktu tengah sarapan. Sambil tu layan tv3. Waktu pengacara tengah dok selak-selak surat kabar tu, keluar cerita mengenai pengharaman penangkapan etak di Pahang. Ha, etok juga di panggil etak ya. Aku yang tengah syok melayan kue tiau goreng tu, terus berhenti sekejap. Apa ke benda nya etok tu? Apa Itu Etok? Adoi!

Waktu rehat petang, sempat juga aku tanya rakan-rakan, apa itu etok? Daripada penerangan mereka dan pemahaman aku, etok ni lebih kurang macam kepah. Ada cangkerang, ala lebih kurang sama dengan kepah la. Tapi kepah tu diamnya dekat pasir pantai, tapi etok ni, diamnya dekat air tawar atau sungai.

Untuk menguatkan lagi pemahaman aku dengan etok ni, kena lah buat research. Ahha! memang tepat jangkaan aku. Etok ni lebih kurang kepah je, ini penerangan kamusnya:

Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan kerang-kerangan yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut. Ia merupakan haiwan ber cengkerang mollusc dwi cengkerang. Ia termasuklah Corbicula fluminea dan Cyrenacea, Sphaeriacea.

Kalau korang kurang faham dengan penerangan bahasa kamus tu, korang boleh tengok gambar dekat bawah ni:


Ha, lebih kurang kepah je kan?

Resepi Masakan Etok.

Orait, dah tahu apa itu etok, kita belajar pula etok ni sedap di masak apa. Etok biasanya di masak dengan cara masak gulai, singgang, salai dan goreng berempah. Waaa, yang lain tu tak berapa menarik perhatian aku, tapi tu, menu goreng berempah. Itu serius nampak sedap! Huhu.


Masakan salai tu, bukan salai macam tu je ye. Dia ada letak rempah dia yang tersendiri. Dan untuk pengetahuan aku dan korang semua, rempah masakan ini adalah berbeza mengikut tukang masaknya. Ini bermakna, lain orang masak, lain rasanya. Dan kebiasaannya, ia menjadi rahsia si tukang masak. Orait, ini buat aku rasa macam nak sangat makan etok ni.

Cara Makan Etok Salai


Nak makan etok ni, ada cara dia yang tersendiri tau. Etok ni tak macam kerang, kalau kita masak, dia terbuka sendiri. Etok ni, kita kena gigit kulit dia tu. Dan untuk pengetahuan aku dan korang sekali lagi, potensi untuk gigi kita beralih arah adalah tinggi jika kita baru pertama kali nak merasa etok ni. Hahahaha.

Nak makan etok, kena guna pisau atau gunakan kulit etok itu sendiri untuk bukak. Tapi orang cakap tak rare lah kalau guna 2 benda tu, yang paling rare guna gigi. Baru feel makan etok tu ada. Sebabnya, bila kita guna gigi, rasa rempah pada kulit tu akan dapat dirasai dengan lidah kita. Tapi yang macam aku cakap tadi lah, potensi untuk gigi kita beralih arah tu tinggi kalau kita baru pertama kali nak makan. Mereka yang dah biasa makan tu lain la, selamba je dia kunyah! Hahaha.


Orait, bagi mereka yang nak merasa etok ni, bolehlah ke pantai timur malaysia. Sebab Nya, etok ni ada banyak dekat sana. Aku pun macam ada terasa nak mencuba etok ni. Tapi buat masa sekarang, aku nak dapatkan Baucer Kfc 2016 banyak-banyak dulu. Benda percuma kut, sapa yang tak nak kan? Bukan susah mana pun nak dapat, isi nama dengan email. Dah. Semudah ABC.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.