Mangkuk hayun!

Februari 21, 2016

Pagi-pagi rasa macam nak marah tersangat lah marah! Baru kejap tadi aku baca dekat 1 blog rakan blogger, mengenai tindakan seorang bapa yang menikam mati anaknya kerana berang dengan tindakan isterinya meminta wang untuk membeli barang keperluan dapur! Dah kenapa!! Kalau pun dia beli barang dapur tu, untuk masuk tekak sapa?? Dan apa salah anak kecil tu?? Banyak sangat ke dia makan?? Kalau pun dia makan banyak, dia siapa? Anak kamu juga!

Sungguh aku tension benda macam ni! Kenapa mesti anak-anak yang jadi mangsa? Dan sekali lagi, bila berlaku kes macam ni, mesti ada unsur pengaruh dadah! Adoi, ramai sangat ke yang ambil dadah sekarang ni? Lupa aku nak kasitau, yang benda ni terjadi dekat negara jiran. Tapi tak kisahlah dekat mana pun dia berlaku, yang pentingnya kenapa anak yang jadi mangsa? Kenapa?


Sungguh aku rasa nak marah! Wife aku kalau marah anak aku pun, aku akan naik hantu. Walaupun itu salah anak aku. Tapi kalau ianya adalah kesalahan yang besar, aku akan biarkan sahaja wife aku marah anak aku. Tapi ikhlas di dalam hati aku, wujud 1 perasaan tak suka. Tapi tidaklah perasaan itu keterlaluan, sebab aku pun tak boleh nak manjakan anak aku sangat.

Tapi sekarang masalahnya, kau bunuh anak kau! Itu anak syurga! Kenapa kau bunuh anak kau! huh! Kenapa? Kau tikam dia bertubi-tubi! Apa kau rasa kalau orang lain pulak buat kau macam tu? dah terang-terang banyak ayat manis yang akan keluar dari mulut kau! Dan walaupun kau dalam pengaruh dadah sekalipun, kalau orang datang nak tikam kau, mesti kau akan rasa takut! Macam itulah perasaan anak kau tu! Kau tau tak?

Huh! Aku memang tak boleh baca or tengok apa-apa yang melibatkan anak kecil ni. Sungguh boleh naik hantu dibuatnya! Geram semua ada. Lagi pulak kalau melibatkan kes macam ni! Inilah yang orang cakap, kita benar-benar dah berada di dalam akhir zaman. Bila mana nyawa manusia dah tak bernilai lagi. Bila mana terlalu ramai orang gila kat dalam dunia ni! Allahurabbi! Allahurabbi! Allahuakbar!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.