"Dia raba bini aku dekat khalayak ramai"!!
"Dia raba bini aku dekat khalayak ramai"!! Sedikit
rasa terperanjat bila aku bukak facebook pagi tadi. Mulanya baca cerita pasal
warga Nepal kena pukul. Bila tengok yang post tu dari Genji Buskers, wah. Berpengaruh
kut band ni. Memang selalu busking dekat area kl sana. Aku pun suka tengok
video-video dari band ni.
Yang buatkan aku jadi lagi panas bila baca cerita tu, dia
buat dekat khalayak ramai! Depan sogo! Depan orang ramai pun, diarang yang
kemaruk ni leh buat kerja! Camana pulak yang terselindung? Maksud aku, dekat
tempat yang tak ramai orang? Macam mana? Gila weh! Ini memang gila!
Orang dia yang ada dekat sini, bukan sikit-sikit. Terlalu ramai!
Bayangkanlah, depan orang ramai macam tu, diarang leh buat tak tau je. Apa,
mereka ingat, yang ada dekat sekeliling tu, jenis manusia yang buat tak tau je
ker? Jenis pandang je ker? Ish! Ke ini adalah perkara biasa dekat sana? Tah la,
aku pun tak pasti pasal benda tu. Dan aku pun taknak amik tau. Yang aku tau,
jangan sesekali buat macam tu dekat sini! Huh!
Baca juga : Bersihkah Malaysia?
Satu je yang orang sekarang takutkan. Bila kita protect
sesuatu benda tu, silap-silap kita kena balik. Kena dakwa bagai. Oleh yang
demikian, mereka-mereka ni akan rasa macam ada 1 kebebasan. Dan orang kita rasa
macam teraniya pulak! Tau, kalau sampai mati itu memang salah, tapi kalau
mendatangkan kecederaan yang teruk? Macam mana ya? Maaf aku kurang arif pasal
tu.
Apa pun, korang bacalah sendiri apa yang dikongsikan dekat
page genji buskers semalam. Lepas tu cuba nilai balik, adakah benar, kita semua
berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sungguh aku makin risau dengan
keadaan sekarang ni, dan ulps, dengan keadaan yang akan datang!
Hati-hati dengan Nepal. Masa aku tengah setup barang busking
di depan Sogo tadi. Lelaki Nepal ini datang menghampiri Farah yang tengah
berdiri di belakang aku. Dia terus memeluk dari belakang dan jerut tengkuk
Farah sambil tangan kirinya meraba-raba Farah. Farah meronta-ronta dan menolak
muka dia dan memberi penumbuk sedas.
Aku yang tersedar dengan kejadian itu terus mengerjakannya.
Terang-terang dia berani buat gangguan seksual seperti itu di tempat awam, di
depan Sogo okay! Aku tak bagi orang awam campur tangan.
Aku just jalankan kewajipan sebagai suami sahaja. Aku sepak belakang
kaki dia, terus dia jatuh tersembam. Lepas itu aku jack belakang tengkuk dia
dan aku berikan saguhati dari kaki kanan tepat ke pipi kanannya.
Nasib lelaki Nepal itu agak baik sebab semasa kejadian,
rokok ada di mulut aku. Aku hisap dalam-dalam, aku pergi sepak speaker aku
dengan nafas amarah. Kalau tak, aku lepaskan sepakan pada dia, sudah tentu dia
maut serta merta.
Tengok-tengok sudah keras dan darah memancut meleleh-leleh.
Aku keliling dia tiga kali sampai polis bantuan tiba di situ. Muka jambu tetapi
nafsu terdesak. Kerjalah kuat sikit, di Bukit Bintang RM150 saja. Muda-muda
boleh on.
Dia peluk bini aku! Kalau kena kat korang macam mana?!
Aku tahu Malaysia akan melindungi penjenayah seperti lelaki
Nepal selepas ini dan aku pula yang akan dimasukkan ke 'dalam.
Terima kasih Najib Razak, rezeki aku bukan di kaki lima
lagi. Selepas berkahwin, dugaan lebih besar yagn datang.
takut la nak g blah2 kl kalo g sorang.. kalo kat pudu tu dah macam tempat depa.. scary!!! kita plak terfikir aku kat negara depa ka..
BalasPadamyang dok ada la ni pun tak terhingga ramainya. ni, nak bawak masuk lagi. bukan ratus, bukan ribu, bukan ratus ribu, juta! uiii..
Padamhaih.. ssh tul. masuk lrt pun skrg ni seram..
BalasPadamitu lah..apa nak buat, takde yang nak dengar suara halus kita ni..hmm
PadamMenakutkan... Malaysia dah x aman..
BalasPadamtapi ramai yang cakap malaysia masih aman..sebab takde perang..
Padammenakutkan. nampaknya kalau nak ke sogo kena ajak husband sekali. tapi betul tu, sekarang ni penjenayah dilindungi.
BalasPadam#malaysiamasihaman..hmmm
Padam