Seronok ke jadi blogger?
Seronok ke jadi blogger? Aku pernah di tanya dengan soalan
ini. Nampaknya, rakan-rakan sekerja dah ramai yang tahu akan kewujudan blog
ceritaejoy ni. Mungkin disebabkan beberapa “keyword” yang berkaitan tempat
kerja aku sekarang ni membawa mereka ke blog aku. Adoi! Habislah! Bos-bos mesti
tahu. Yelah, ada beberapa entry di dalam blog ini yang “berunsurkan” mereka. Ahh,
lupakanlah tentang tu.
Ok. Berbalik kepada soalan aku tadi, seronok ke jadi blogger
nih? Kalau di tanya pada aku, jawapan aku ya! Seronok! Sebabnya, aku ada ruang
untuk menulis dan berceritakan perihal hidup aku. Mungkin tidak secara
menyeluruh, tetapi ada juga ruang untuk aku bercerita. Dah nama pun ceritaejoy
kan?
Dan aku juga boleh berkenalan dan menimba bermacam-macam
ilmu baru daripada rakan-rakan blogger Malaysia dan blogger Indonesia. Kalian
memang awesome! Hehehe. Aku paling suka dengan blog informasi dan blog travel. Aku
suka mengembara dan melihat tempat orang, tapi “budget” yang menghalang
segala-galanya.
Baca juga : Apa yang menariknya di Travel festival 2016
Tapi, itu tidak menjadi masalah bila aku ada blog. Itu yang
aku suka jadi blogger ni. Sebabnya, rakan-rakan blogger lain yang keluar
mengembara akan kongsikan gambar dan pengalaman mereka. Bila kita baca dan
tengok gambar-gambar dalam blog mereka, kita turut sama merasakan hal yang
sama. Hebatkan? Hehehe.
Blog juga mampu memberi wang kepada pemiliknya. Sekarang ini,
boleh dikatakan, blog menjadi income kedua kepada blogger. Bermacam-macam cara
buat duit dengan blog sekarang ni. Aku? Aku sekarang ni, cuma menggunakan
medium nuffnang, 8share, popads, adsense dan iklan sendiri. Untuk nuffnang dan
8share, ada sedikit hasilnya. Untuk popads dan google adsense, hmm, aku perlu
menuntut banyak lagi ilmu dan mengenai iklan sendiri, alhamdulillah, ada rezeki
dekat situ. Syukur padamu ya Allah.
Ha! Jangan tak tahu, dengan blog juga, korang boleh
mengembara ke pelbagai destinasi dunia. Jangan ingat aku berbohong ya! Mungkin aku
belum memperolehi rezeki untuk melancong ni, tapi ramai blogger lain yang dah
sampai ke pelbagai lokasi menarik dengan hanya bermodalkan blog. Ahha! Paling syok,
dapat tajaan melancong ke jepun dengan airasia!
Tahun 2016! Semoga aku juga berpeluang mendapat tajaan ke
lokasi menarik seluruh dunia, insyaAllah, amin. Hehehe. Baru-baru ni, aku join
event Aabc atau Airasia bloggers community, juga menawarkan tajaan penerbangan
ke china. Besar harapan untuk menang tu. Hahahaha.
Banyak sebenarnya yang aku nak cerita lagi pasal seronoknya
jadi blogger ni. Cumanya, setiap perkara ada baik dan buruknya. Tengok juga pada
cara kita mengendalikan blog kita. kalau niat baik, baiklah jadinya, kalau ada
niat tak elok, maka tak eloklah jadinya. Ok, aku dah jawab soalan ni, sekarang
aku nak tanya pulak pada korang, Seronok ke jadi blogger?
macam mana nak join air asia blogger community tu ye ?
BalasPadamhye..nak join Aabc tu senang je. kena hantar email pada mereka. Boleh search aabc pada kolum search pada bahagian atas kanan blog ceritaejoy..:)
Padamalhamdulillah seronok kan ejoy, macam-macam ada dan paling best bila perkongsian kita membantu orang lain diluar sana..in shaa allah .
BalasPadamseronok dan enjoy je tapi kena ada minat.. bukan jadi blogger sebab ikut-ikutan...
BalasPadam