Konspirasi untuk menukar menteri besar kedah

Januari 21, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Konspirasi untuk menukar menteri besar kedah. Semalam, aku memang tak boleh tidur, lepas layan anak-anak, tepuk-tepuk untuk kasi mereka tidur, dah aku pulak yang tak boleh tidur. Handphone pulak berbunyi. Mesej dekat whatsapp. Mesej yang agak panjang yang aku pasti telah banyak dikongsikan di group-group yang ada. Hmm, isu apa pulak yang berbangkit ni? Isu terbaru yang aku rasa semua orang dah tahu, mengenai niat untuk menukar menteri besar kedah (YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz) yang sekarang kepada yang baru.

Kalau nak diikutkan, aku bukanlah seorang yang minat dengan parti politik. Tetapi sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia, aku kenalah ambil tahu dengan setiap apa yang berlaku di sini. Hmm, pelik juga bila difikirkan balik. Yelah, kenapa tiba-tiba je boleh timbul isu macam ni? Faham tak ayat secara tiba-tiba? Ha, biasanya, mesti timbul beberapa isu barulah masuk isu ingin menukar seseorang menteri tu.

Aku bukan seorang yang pakar dalam bidang ni. Jadinya, aku tak boleh nak cerita lanjut pasal benda ni. Aku tahu, pasti ada jalan yang terbaik di dalam isu seperti ini. Negara kita sebenarnya penuh dengan mereka yang bijak pandai. Yang sememangnya sudah berjaya membangunkan dan mengharumkan nama Malaysia. Jadinya, jika isu seperti ini, dah pastilah ianya boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Kalau di tanya pada aku, dah tentu lah aku menyokong YAB Dato’ Seri Hj Mukhriz. Jangan kecam aku ya! Setiap dari kita punya hak untuk memilih siapa yang kita suka. Ianya adalah berdasarkan peribadi seseorang itu. Itu jawapan dari aku. Aku pasti jawapan dari kalian semua pasti berbeza. Itu terpulang kepada individu. Diharap isu ini diselesaikan dengan cara yang terbaik. Kerana lebatnya sesuatu pokok itu adalah dari benih. 

1 ulasan:

  1. Hmm kalau nak tukar MB, buat macam kat Selangor. Buat pilihanraya sekali lagi. Tengok apa jadi lepas tu. Baru tadi ada baca titah Agong, "banyakkan buat kerja, kurangkan bercakap"

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.