Kisah kejayaan Athirah mengusarkan Negara!

Kisah kejayaan Athirah mengusarkan Negara! Ketika semua orang
ingin menutup tahun 2015 mereka dengan sesuatu yang hebat, kita dikejutkan
dengan “kejadian culik” seorang remaja perempuan.
Ianya dikukuhkan dengan
rakaman suara yang tersebar luas di media sosial. Seluruh Negara seakan-akan
bersatu mencari dan tak juga menadah tangan berdoa agar remaja ini tidak
berhadapan dengan perkara yang tidak elok dan kembali dengan selamat ke
pangkuan keluarga.
Setelah beberapa hari berada di dalam kerisauan, kita
menerima berita gembira. Dimana Athirah telah dijumpai selamat. Dan ternyata
dia sungguh selamat dan berada di dalam keadaan selesa!
Tidak seperti yang digambarkan melalui audio rakaman suara yang tersebar luas tu. Dia di temui
bersama rakan lelakinya! Jadi di mana penculik-penculik dan kanak-kanak lain
yang diculik tu?
Ianya hanyalah rekaan cerita yang dibuat Athirah semata-mata
inginkan “kebebasan”. Athirah telah mengusarkan seluruh Negara dengan cerita
penculikan dan kini beliau membangkitkan kemarahan dan makian seluruh Negara.
Apa
yang beliau inginkan? Kenapa perlu mengambil seluruh perasaan rakyat Malaysia?
Kalau kita melihat kepada keadaan ini, remaja ini baru
berusia 14 tahun! Terlalu muda! Tetapi berani melakukan perkara yang aku anggap
terlalu besar. Apa yang sebenarnya beliau inginkan?
Kebebasan? Jika kebebasan
seperti inilah yang di cari remaja sekarang, para ibu bapa perlu mencari alternative
baru di dalam didikan anak-anak.
Memang benar, didikan kini tidak seperti dahulu. Ramai yang
membandingkan zaman dahulu dengan zaman sekarang. Kenapa zaman dahulu,
anak-anak di didik dengan cara yang tegas tetapi berjaya menjadi manusia yang
berjaya. Kenapa anak-anak sekarang, tidak boleh dididik sama seperti dahulu?
Jawapannya adalah kerana pemikiran manusia di zaman sekarang
sudah teruk di racun dengan pelbagai variasi cerita samada melalui media massa
ataupun media cetak. Kita dah tak boleh nak control lagi.
Aku tak terperanjat
jika melihat anak-anak kecil di awal usia 5 hingga 6 tahun membawa gadget. Tujuan
ibubapa adalah untuk anak-anak mereka ada hiburan seperti video kartun ataupun permainan video.
Apa yang mereka tidak sedar adalah, ianya adalah permulaan
kepada anak-anak ini untuk “explore” perkara baru dengan lebih meluas. Kalau dari kecil mereka dah di ajar, tidak mustahil mereka akan lebih cepat tahu. Kita pernah
di kejutkan dengan berita pelajar sekolah rendah yang melahirkan bayi. Masih ingat
dengan cerita tu?
Ianya di burukkan lagi dengan keadaan ibubapa yang kurang
memberikan perhatian kepada anak-anak. Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi
semasa yang memaksa ibubapa melakukan lebih banyak kerja dan bukan 2 kerja
sahaja.
Bila keadaan seperti ini, anak-anak akan mencari perhatian daripada
orang lain. Dan bermula daripada situlah, segala macam perkara yang tidak kita
ingini berlaku.
Jadi apa yang perlu kita buat? Jika ditanya pada aku,
perbanyakkan iklan-iklan yang menceritakan keburukan yang bakal anak-anak ini
hadapi bila melakukan perkara semacam ini. Iklan yang benar-benar iklan. Maksud
aku yang sampai terus ke minda remaja dan bukannya iklan yang memerlukan mereka
berfikir panjang.
Perbanyakkan juga papan iklan yang memaparkan keburukan yang
bakal mereka hadapi. Letak di lokasi yang strategik. Di lokasi yang di kenal
pasti, menjadi ramai remaja melepak.
Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang
penting. Ibu Bapa perlu tahu, apa yang anak-anak mereka mahukan. Luangkan masa
untuk mendengar luahan hati anak-anak anda.
Anak-anak Cuma mahu luahan hati mereka di dengar. Mereka juga
dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Sesibuk manapun
kita sebagai ibubapa, luangkanlah sedikit masa untuk mereka. Dengan cara ini,
mereka akan rasa lebih di hargai. insyaAllah.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com