Korang ingat ini pergi jalan-jalan ke??
Aku tak tahu nak kemana arahnya rasa hati aku sekarang ni. Yang sebenarnya, benda ni dah lama dah berlaku, dan dekat mana-mana tempat kerja pun ada benda ni.
Cerita aku mungkin ada persamaan dengan cerita blogger atau orang lain. Tapi aku tetap juga nak cerita dekat blog ceritaejoy ni. Yelah, dekat sini jelah aku boleh luahkan segala perasaan dan kata-kata aku.
Aku kerja dekat department yang boleh dikatakan banyak ke luar negara. Bila sebut luar negara, mesti ramai yang nak pergi kan? Tapi sekadar nak pergi jelah. Kalau nak di harapkan duit sendiri, memang tak pastilah bila nak keluar negara, betul tak?
Ceritanya, Metaliti bos-bos dekat tempat kerja aku ni, Tahla. Hampeh! Korang ingat ini pergi jalan-jalan ke?? Ini pasal kerja la! No 1 kerja, no 2, untuk tahu apa yang perlu buat, jalan-jalan tu tah no berapa.
Tapi diarang ni, siap boleh main set-set, ok kali ni kau pergi, nanti dia pulak pergi. Kalau korang pergi, lepas tu time balik, korang buat kerja takpe! Ini kau orang serahkan semua pada orang yang buat kerja tu, lepas tu dah.
Orang yang buat kerja ni, hapa pun tak tahu, dan kesudahannya kena cari sendiri apa yang dia nak. Yang korang, bos-bos, seronok dapat berjalan. hey! Apakah itu? Daripada dulu aku tension pasal benda ni.
Biasalah ayat kan, "diarang kan bos". Kalau ayat inilah dok pakai dari zaman penjajah sampai sekarang, sampai ke sudahlah takkan berubah. Macam gitu jelah.
Macai-macai yang dok susah buat kerja, yang korang seronok berjalan. Yang peliknya, bos dekat atas bos-bos ni tak nampak ke? Mustahillah dia tak tahu sapa yang buat kerja. Ke dia pun sama jugak? Arghh! Tensionlah aku dengan kau orang ni!
Aku haraplah diarang baca blog aku ni. Bukan aku taknak cakap depan-depan, cuma masa je belum sampai lagi. Aku memang tengah kumpul macam-macam benda. Cukup masa, memang aku huru harakan semua benda. Huh!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com