Blog reviews : Amysyeera.

November 02, 2015


Blog reviews : Amysyeera. Pemilik blog ini bernama Amelia, dan berumur 23 tahun. Hmm, template blog http://www.amysyeera.com/ ini sudah berubah atau aku yang dah lama tak singgah? Tapi ada 1 yang aku masih ingat tentang blog ini. Ianya mengenai serigala yang di jadikan header blog. Tetap kekal berjalan siang dan malam tanpa henti. Ianya mungkin simbolik kepada pemilik blog, yang ingin menyatakan blog ini akan terus memberi pembaca ilmu pengetahuan dan kekal "hidup". Wallahualam.

Baiklah, mari menelusuri blog gaya hidup yang sedikit luar biasa ini. Hmm, blog ini banyak berkongsikan gaya hidup, juga blog hiburan bagi peminat filem, pencinta makanan? *ohh, siapakah yang tak suka makan ya? hehehe dan juga travel bloggers. Ahha! Full package di dalam 1 blog. Jadinya korang takkan rasa bosan jika masuk ke dalam dunia amysyeera ini.


Ahli kelab blogger benashaari? Hmm, tak hairanlah kenapa blog ini nampak kemas dan penuh dengan ilmu. Aku kerap juga masuk ke dalam blog ahli kelab blogger yang dikatakan terbesar di malaysia ini. Rata-ratanya, mereka yang join kelab ini, mempunyai blog yang hebat dan kuat! Ahha! Mungkin ia adalah bantuan dari ahli kelab yang lain. Itulah untungnya jika kita join komuniti blogger. Ada banyak rakan-rakan yang sudi membantu kita. 

Baiklah, kebiasaannya, bila aku buat blog reviews, aku mesti akan pilih 1 entry daripada banyak entry yang dikongsikan. Untuk blog ini, entry yang melekat di mata aku, dari awal masuk, sampailah ke entry ini dibuat adalah : 5 hotel termahal di malaysia.

Daripada 5 hotel yang dikongsikan, 4 daripadanya terletak di kuala lumpur. Almaklumlah, bandar besar dengan pemandangan bangunan pencakar langit, dah tentulah harganya mahal. kan? Lainlah kalau pemandangannya nampak pokok je, mungkinlah harganya murah sikit kan? hehehe. Tetapi ada 1 yang buatkan aku gelak dari tadi. Bila aku baca no #5. Aii, bila pulak langkawi diisytiharkan sebagai negeri. Jadi pelik pula bila aku baca negeri langkawi. Hahahahha.

Baiklah, aku nak ajak korang ramai-ramai ke blog amysyeera di  http://www.amysyeera.com/ . Confirm tak bosan dengan cerita-cerita yang beliau kongsikan. Lepas 1, 1 korang nak baca nanti. orait! Jom, pakat-pakat ramai singgah ke blog gadis specky ini. :)

3 ulasan:

  1. Amy Syeera blogger hebat ratu template hihi : )

    BalasPadam
  2. HAHAHAHAHAHHA. okay tu lawak bab negeri.x perasan lak tersilap. adudu. nasib baik ada review mcm ni. boleh ubah kesilapan dalam entry. hahaha.

    hmm. pasal wolf tu, xtaula. sebab unik kot. and i kind like wolf. nampak cool and exotic. hahaha. and macam kak ana cakap dekat atas, saya memang suka tukar template. pantang nampak template baru, confirm tukar. yang penting warna putih because i love white!

    anyways, thanks for the review! really appreciate it. :)

    BalasPadam
  3. wah menarik info ni, ok nak gi visit blog amy

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.