Blog reviews : Cahaya permata.

November 12, 2015
Cahaya Permata

Blog reviews : Cahaya permata. Fuh! lama sungguh tertangguh segmen blog review aku ni. Banyak lagi blog yang perlu aku review. Aku minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang terpilih. Di harap anda semua faham dengan keadaan aku sekarang, Yelah, aku bukanlah blogger sepenuh masa. Jadinya, masa aku sangat terhad pada blog. Baik! Cukup setakat itu, ayuh kita teruskan dengan blog seterusnya : http://www.cahayapermata.my/.

Pemilik blog ini bernama Nuralja. Mengikut apa yang tertulis pada blognya, gadis ini masih seorang pelajar di PSAS. Ok, apa tu? Al maklumlah, aku ni belajar takat sekolah menengah je, manalah tahu singkatan-singkatan ni, terpaksalah aku tanya dengan pakcik google. Hmm. Ahha! Hehehe, pelajar politeknik rupanya. Adoi! Maafkan saya ye. Ok, PSAS adalah singkatan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah. Owh, baru tahu. hehehehe. Hmm, manis orangnya Nuralja ni, ulps!


Ok, kita pergi pula kepada template blog. Hmm, Kenapa cahaya permata? Untuk itu aku tiada kepastian, kenalah tanya pada empunya diri ya. Banyak bermain dengan warna pink dan biru. Ahha, ada iklan produk kecantikan pada bahagian kiri blog. Ok, Nuralja ada menawarkan perkhidmatan Edit Full/ Header / Banner. Jadinya, pada mereka yang inginkan header dan banner yang cantik, bolehlah buat tempahan di sini ya!

Ok, secara rawaknya, bila aku terjah sana sini dekat blog cahayapermata ni, daripada kesimpulan awal yang boleh aku simpulkan adalah, pemilik blog ni seorang kaki wayang. Sebabnya, ada banyak review mengenai movie terbaru. Ahha! Aku dulu pun suka tengok wayang, pantang ada cerita baru, tapi lepas dah berkeluarga ni, anak pun dah ramai, dah jadi kurang dah aktiviti tu. Hmm, kena tunggu mereka besarlah, baru boleh aktif semula. hehehe.

 Orait! Rasanya setakat itulah cerita aku mengenai blog cahayapermata ini. Macam yang aku ada cakapkan tadi, kalau korang ingin mendapatkan khidmat Edit Full/ Header / Banner, bolehlah datang ke blog http://www.cahayapermata.my/. Pasti harga yang terbaik menanti anda. Ok. hehehhe. Jom-jom, kita terjah ramai-ramai ke blog Nuralja.

4 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.