Blog reviews : Akmallrazlan

November 22, 2015


Blog reviews : Akmallrazlan. Tinggal 2 blog lagi yang perlu aku review. Lama sungguh masa yang aku ambil untuk siapkan kesemua review. Sekali lagi aku nak minta maaf kepada semua peserta, jika ada bahasa aku yang menguris hati kalian. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa. :)

Baiklah, hari ini, aku nak ajak semua, mengenali dengan lebih dekat blog akmallrazlan. Ahha! Menggunakan template simple dengan warna yang juga simple, putih. hehehe. Aku sebenarnya suka dengan blog semacam ini. Mudah dan rilek je minda kita. Ha. itu pada aku lah. ada sesetengah orang suka blog yang sarat. Itu masing-masing ya. Kalau tengok pada banner blog ini pun simple juga. 


Blog dengan niche personal ini banyak berkisarkan cerita peribadi dan perjalanan kehidupan semasa penulisnya. Aku boleh kata blog ini sudah lama berada di dalam dunia blogging malaysia. Sebabnya dah 5 tahun beliau menulis. Lama juga tu pada aku. Mesti banyak ilmu blog yang ada dekat akmallrazlan ni kan?

Orait. Aku sebenarnya, masih kurang jelas dan mengenali dengan mendalam mengenai kerjaya sebenar pemilik blog ini. Tetapi daripada keyword "Akmall Razlan Atelier", kebanyakkan ceritanya adalah mengenai jahitan. Dan ada juga cerita mengenai pemilik blog ini buka kedai untuk kerja menjahit. Wow! hebatkan? Adakah beliau salah seorang pereka fesyen? Mana tahu kan? Hehehe.

Entry terbaru beliau mengenai kerisauan penulis kepada kesihatan ayah beliau. Yelah, siapa yang tak risaukan? Kalau aku pun, aku akan risau juga. Baiklah, aku nak ajak semua ke blog Akmallrazlan di http://akmallrazlan.blogspot.my/. Mana tahu korang berminat dengan hasil jahitan beliau ke, kan? Hehehe. Jom-jom.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.