Ron97 hanya untuk orang kaya?


Ron97 hanya untuk orang kaya. Trend kenaikan harga minyak petrol dilihat seperti perkara biasa pada masa kini. Kalau dulunya, agak sukar untuk kita mendengar, tetapi sekarang, boleh dikatakan kerap kita mendengar ayat seperti ini: Harga Minyak Naik Lagi? Orait. Cerita aku bukanlah fokus kepada harga minyak tetapi kepada penggunaan minyak petrol itu sendiri.

Baiklah. Soalan aku, adakah Ron97 hanya untuk orang kaya? Kenapa aku cakap macam ni? Sebabnya semalam, sewaktu aku nak isi minyak kereta dekat shell sungai petai. Minyak petrol ron95 dah habis dan sedang dalam pengisian oleh pihak shell. Yang tinggal cuma ron97. Aku sebenarnya tak kisah pun jenis minyak yang di isi, janji kereta aku bergerak sudah.



Macam yang aku cakap tadi, aku tak kisah dengan jenis minyak, aku pun bayar dan isilah minyak ron97. Maklumlah, kereta kita tidak mahal seperti kereta orang lain, dalam waktu yang sama, ada sebuah kereta mewah *harga mahal sikit la dari harga kereta aku* parking sebelah kereta aku. Kita boleh lihat riak wajah seseorang samada mereka senang atau tidak dengan kita kan? Aku lihat wajah beliau semacam memerli aku.

Mungkin dalam mindanya, kereta murah, isi minyak mahal. Huh! Mungkin inilah yang bermain di minda dia. Pada aku, tak menjadi masalah pun, asal kita ada duit. Betul tak? Minta maaf cakaplah ye. Bukan semua, tapi ada segelintir dari kita, pakai kereta mahal sikit dah mula sombong. Nak kasitau yang mereka banyak duit. Itu dari mata orang. Tapi hakikatnya, mana tahu mereka juga berlapar? Jangan tak tahu ya, ada orang yang biar papa asal bergaya.

Pernah sekali waktu harga minyak rendah. Waktu tu aku bawak superbike ceritaejoy. Lokasi aku isi minyak juga sama. Aku isi minyak ron97. Ada sebuah rxz park dekat sebelah. Kali ni aku dengar, mamat motor tu siap cakap dengan member dia:


"pergh, isi minyak ron97 bro, jom-jom kita isi minyak mahal"

Aku yang dengar ni, cuma tersenyum jelah. Aii, salah ke isi minyak mahal? Asal kita ada duit, isi jelah. Betul tak? Aku tak nampak apa-apa masalah dekat situ. Mungkin orang lain nampak. Itu aku tak pasti. Pada aku, janji kenderaan aku bergerak. Hal minyak boleh tolak tepi. Macamana dengan korang?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.