Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!
Cashout Nuffnang DiReject Buat Kali Kedua!!. Untuk kedua kalinya, cashout aku tidak berjaya bersama nuffnang. Dan untuk kedua kalinya, aku dituduh melakukan aktiviti tidak sah. Dan atas alasan yang demikian, segala wang terkumpul dibatalkan. Aku tak cakap Nuffnang Penipu, tapi apabila 2 kali aku berhadapan dengan perkara yang sama, aku mula sangsi.
Fraud click! Apa Itu Fraud Click? Ia merupakan penipuan klik dengan menekan iklan berulang kali demi menjana pendapatan untuk pemilik blog. Persoalannya, aku sendiri tak pernah klik iklan yang keluar dekat blog aku, apatah lagi dengan alasan berulang kali! Pada awal dulu, sewaktu aku memasang iklan nuffnang di blog, memang ya, aku klik iklan yang ada pada blog aku. Tujuannya supaya "earning" aku cepat naik.
Tetapi akhirnya, apabila aku cuba untuk cashout, pendapatan dari hasil online itu di tolak. Dan alasannya adalah Fraud Click. Itu sewaktu awal dulu. Dan belajar atas kesilapan itu, aku belajar mengenainya. Tetapi akhirnya, aku menerima alasan yang sama! Kalau korang, korang dah pernah kena, adakah korang akan melakukan perkara yang sama? Dah terang-terang korang takkan buat lagi kan?
Aku sengaja tak mahu tunggu jumlah duit nuffnang ni besar. Sebabnya, aku takut benda macam ni jadi. Dan inilah hasilnya, Ditolak dengan alasan Fraud Click. Juga dengan alasan, meminta rakan-rakan blogger klik iklan yang ada di blog ceritaejoy. Seingat aku, aku tak pernah minta sapa-sapa yang datang ke blog ini untuk klik semua iklan yang ada. Itu paksaan namanya, kan?
Bayangkan, jika jumlah yang ada adalah RM50. Adakah klik korang yang menjadikan jumlah sedemikian? Kalaupun korang klik 1 kali pada iklan, jumlah itu akan di batalkan oleh nuffnang! Beruntunglah nuffnang! Sungguh Untung! Sekarang, aku sedang memikirkan tentang hal ini, adakah terus membiarkan atau melihat untuk kali ketiga. Kata orang, 3 kali perkara yang sama, ianya sememangnya benar. Aku tak cakap nuffnang penipu, cuma aku sangsi.
yeke ? adoii takut pula nak cashoutt waduh waduh jangan lah jd perkara yg sama
BalasPadama'a..rasa macam kecewa je..dah 2 kali kena..hmm
Padamfuh..nanyalah kalau earning byk..
BalasPadamitulah, cukup je rm50, saya mesti cashout. hmmm
Padamsayangnyaaa...pernah jugak kes member mcm ni..nasib baik masih angka minimum. tp kn ..pun hasil peluh berblogging kita
BalasPadameh jangalah jadi macam ni .. tak pernah cash out lagi ni huu..rasa nya sekarang ni nuffnang tengah masalah jer .. pergi kat web dia x leh masuk
BalasPadamSaya pun dah cash out tapi dari Rm500 lebih saya just dibayar RM60 je.. Alasan sebab fraud clicks.. Sedih betul.. Iklan apa yang bagus yer untuk letak kat blog? Ingat nak tukar nuffnang dengan iklan lain...
BalasPadamhye..kamu boleh cuba buat duit dengan 8Share..bayaran yang diberi untuk 1 klik juga besar..boleh baca dan register dekat sini : http://ceritaejoy.blogspot.my/2016/02/mudahnya-buat-duit-dengan-8share.html
Padam