7 Petanda Aku Sudah Semakin Tua.
7 Petanda Aku Sudah Semakin Tua. Tuakah anda jika sudah memasuki kelompok umur 30an? Jika tidak pada anda, tetapi ya pada aku. Banyak perbezaan dan perkara yang aku alami, yang membuatkan aku terasa sudah semakin tua. Tak macam muda-muda dahulu. Hehehhe. Orait. Aku senaraikan apakah penyebab kepada timbulnya perasaan ini dalam diri aku. Mungkin ianya adalah perkara biasa pada anda, tetapi tidak pada aku.
10 Petanda Aku Sudah Semakin Tua.
1. Tidur awal.
Kalau dulunya, aku rasa tidur awal adalah suatu kerugian kerana adanya 1 ayat seperti ini "malam masih muda". Tetapi sekarang sebaliknya. Aku rasa terlalu rugi kalau aku kurang tidur. Aku perlu sentiasa pastikan aku cukup tidur. Ini bermakna aku perlu tidur awal. Diwaktu orang sedang sibuk melayan "keseronokan" malam, aku sedang menikmati keindahan mimpi. Cam gitu. Hehehe.
2. Mula memikirkan kesan daripada sikap boros.
Kalau dulunya, waktu muda, pantang ada duit, mesti nak belanja itu ini. Tak fikir apa. Janji dapat apa yang kita nak. Tetapi sekarang, nak keluarkan sedikit wang, kena fikir dulu, samada ianya berbaloi atau tidak. Ish! Benda ni berlaku dekat aku sahaja atau korang pun merasakannya?
3. Berfikir lebih jauh.
Serius! Aku waktu muda dulu, tak pernah fikir apa yang akan berlaku dalam hidup aku 10 atau 20 tahun akan datang. Nak fikir esok hari pun malas. Tapi sekarang, aku dah mula fikir, siapa aku 20 tahun dari sekarang. Apa yang perlu aku buat untuk menjadikan rancangan aku ini berjalan dengan lancar. Hmm.
4. Tak suka dengar muzik techno.
Aku beberapa tahun lepas. Waktu sekolahlah. Suka dengar muzik-muzik macam ni. Muzik-muzik menari. Baru-baru ni, aku beli cd lagu dance berentak techno ni, aku pasangkan 1 lagu, aku rasa muzik ni terlalu binggit! Menyakitkan hati! Apa yang aku buat, aku ambil cd lagu tu, masukkan semula dalam cover dia dan terus masukkan dalam tong sampah. Terasa indahnya dunia. Ha! Sungguh.
5. Banyak berfikir daripada bercakap.
Ini lagi 1 tabiat aku. Kalau sebelum ni, perasaan orang aku tolak tepi, yang penting aku luahkan apa sahaja yang bermain dalam minda aku, tapi sekarang, setiap ayat yang keluar daripada mulut aku, perlu ditapis terlebih dahulu. Aku perlu fikir apakah kesan yang bakal aku terima jika aku menggunakan ayat tersebut. Hmm, mesti korang dah lama buatkan?
6. Tak suka berbual kosong.
Ada juga rakan-rakan ajak duduk berbual dekat kedai minum. Kalau sebelum ni, boleh lepak sampai 2-3 pagi hanya untuk gelak sahaja. Tapi sekarang, aku dah jadi malas. Kalau ada pun, aku hanya akan join kalau ianya melibatkan perubahan hidup aku ke arah yang lebih baik ataupun ianya melibatkan perniagaan. Ha. Kalau tak, baik duduk rumah tidur je.
7. Tak suka seluar koyak-koyak.
Hahaha. Ini cerita betul. Dulu aku suka seluar jeans yang designnya ada koyak-koyak. Ala, kat levis banyak. Harga mahal tapi koyak. Ha. Mak aku dulu selalu bising. Kenapalah beli seluar yang koyak, membazir je. Tapi aku suka, sebab ada style. Sekarang, aku suka yang kemas. Dah tak suka koyak-koyak ni. Kalau keluar, pakai kasut. Selamat baju tak masuk dalam je. Hahaha.
Semua kat atas..Zaman sudah berlalu..Nampaknya AM pun dah mula tua kot..
BalasPadamhuhuhu..
AM nak ajak..
Follow blog AlongMisuari
Artikel TERBARU AM
Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)
HOT ITEM..
LeoRa For Men
LeoRa For Women
Terima Kasih
AlongMisuari
Orait..Jom-jom ke blog AM..hehehe
PadamAlamak..ade la jgk simptin2 nih..haha
BalasPadamOrait..kita sama. hehehehe
Padamada 7 point je..ke ada butang yang saya kena klik?
BalasPadamHahahahaha..Yang sebenarnya, dragon ball ada 7 biji kesemuanya..Hahahaha..
Padammaaf, lupa betulkan tajuk. Terima kasih ya!
alamak bro...aku dah ada dah petanda2.usia pun nak menghampiri 3 series dah.cepat betul masa berlalu
BalasPadam