Mampu melihat makhluk halus


Mampu melihat makhluk halus. Fuh. Tajuk entry aku, semacam pula bunyinya, kan? Macamni, semalam aku ada bawa anak, isteri dan adik ipar aku untuk berubat kampung. Bukan berubat apa pun, cuma ikhtiar anak aku yang kena demam campak tu. Aku ni jenis suka kedua-dua perubatan. Moden dan traditional. 

Ceritaejoy bermula apabila kami semua berada dekat rumah tukang ubat tu. Seorang ustazah, dalam lingkungan umur 50an. Sebenarnya, keluarga aku dengan keluarga ustazah ni boleh dikatakan ngam jugalah, sebab aku rajin kesana. Boleh datang saja je, duduk-duduk minum sambil berbual. Tapi aku takkan datang tanpa sebab. Sebabnya? Adalah kan.

Orait. Waktu kami dekat sana, datang 1 keluarga melayu. Sepasang suami isteri dan seorang anak. Aku langsung tak nampak apa yang pelik dekat mereka ni, tapi, isteri dan adik ipar aku nampak. Itu aku pelik. Kenapa aku tak nampak, tapi diarang nampak. Mata kita sama je kan? Ish.

Waktu aku tengah syok berbual dengan isteri dengan adik ipar aku ni *dekat ruang tamu ustazah ni* cermin dekat sebelah adik ipar aku ni berbunyi. Ha, yang itu aku dengar, tapi aku buat-buat tak dengar. Tapi adik ipar aku ni, mulut beliau, huh! Punyalah aku tension. Boleh dia cakap,


"Ha bang, dia ketuk-ketuk tu, dia panggil kita tu"

Kalau koranglah, apa korang rasa? Ish, taknak tanya koranglah, aku ni, aku dengar dia cakap macam tu, menyirap pulak darah aku, dah kenapa la mulut kau ni, usah la ditegur. Kan? Nak bunyi, biarlah bunyi.

Aku ingat cerita tu habis dekat situ je. Waktu aku nak balik, dalam jam 2200. Isteri dengan adik ipar aku + anak-anak aku, semua senyap je dalam kereta. Aku confirmlah pelik. Dah kenapa semua senyap je. Bila aku tanya wife aku, dia senyap je, lepas tu suruh aku drive sambil baca Bismillah. Orait, dekat situ aku dah perasan ada benda yang tak kena.



Sampai je rumah aku, anak aku yang sulung macam memberontak. Disuruhnya mandi, tak mahu mandi. Aku ada bawa balik air yassin. Waktu mandi air paip, ok je, tapi bila sampai masa nak mandi air yassin, terus dia taknak. Yang buat aku jadi pelik+marah, ada ke dia ajak mandi dekat jamban. Ha. Nampak tak ada perkara tak kena dekat situ?

Waktu nak tidur pulak, anak bongsu aku tak boleh tidur. Adoi, dah kenapa ni? Bila aku tanya wife aku, dia diam je. Di suruhnya aku tidur sambil baca doa. Ish. Kenapa semua senyap je. Waktu aku dalam 50-50 nak tidur, aku dengar wife aku cakap, ayat dia lebih kurang macam ni la:


"Kau tak payah nak kacau anak-anak aku. Kau pergi balik. Sapa suruh kau ikut aku balik ni? Pergi balik tempat kau"

Agak koranglah, kalau dengar ayat macam ni, apa korang rasa? Aku? Aku rasa macam nak tidur cepat-cepat je. Huhuhu. Aku ingat ayat tu habis dekat situ je, rupanya tak lama lepas tu, aku dengar lagi wife aku cakap. Kali ni, ayat dia bunyi macam ni:


"Dahlah pergi balik, tak payah nak kacau anak-anak aku. Aku cakap pergi balik..Muka kau dah la hodoh. Aku cakap pergi balik sekarang. Muka dahla hodoh. Pergi balik"

Serius aku tak nak ambil tahu. Sebab aku ni nak kata berani sangat, tak juga. Nak kata penakut sangat, tak juga. Tapi belum sampai level wife aku, boleh tengok depan-depan. Huhuhu.

Pagi tadi, waktu aku nak ke tempat kerja, wife aku ceritakan apa yang berlaku semalam. Dan macamana rupa "benda" tu. Aku? Dengar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebabnya, aku tak suka nak ambil tahu benda-benda macam ni. Wife aku pulak, dia memang ada kelebihan dan Mampu melihat makhluk halus dalam beberapa keadaan. Dan atas sebab tu, rajin dia dok bercerita dengan aku. Dah kenapa kan? Hmm.

2 ulasan:

  1. seramlah..baca jer pon dah naek bulu roma nih..

    BalasPadam
  2. Bagus, kelebihan tu boleh jadi asbab untuk lebih kuat beriman kepada Allah. Ingatlah iblis/syaitan takut pada orang yang beriman..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.