Kenali Kanser Pembunuh No 2 Paling Banyak Di Dunia.

Oktober 02, 2015

Kenali Kanser Pembunuh No 2 Paling Banyak Di Dunia. Kanser pankreas (Pancreatic cancer) bermula dalam tisu pankreas - organ di dalam perut yang terletak melintang di belakang bahagian bawah perut. Pankreas merembeskan enzim yang membantu penghadaman dan hormon yang membantu mengawal metabolisme gula. Kanser pankreas (Pancreatic cancer) biasanya merebak dengan cepat dan jarang dikesan pada peringkat awal. Ini merupakan sebab utama mengapa ia adalah satu punca utama kematian kanser. Tanda atau gejala-gejala mungkin tidak muncul sehingga kanser pankreas menjadi teruk dan pembedahan lengkap tidak mungkin dapat dibuat.

Banyak pakar-pakar perubatan dunia sedang menjalankan kajian di dalam mencari penawar terbaik kepada penyakit yang dikatakan pembunuh no 2 paling banyak di dunia selepas sakit jantung. Walaupun kajian dan penyelidikan telah dilakukan hampir bertahun lamanya, mana-mana pakar perubatan masih belum menemui penawar terbaik untuk penyakit Kanser pankreas (Pancreatic cancer) ini.



Selain itu, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menangani secara khusus kanser pankreas. Ini adalah kerana, kebanyakan pakar onkologi tahu bahawa pilihan rawatan yang terbaik yang ada sekarang, masih tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa pengidapnya.


Dr. Matthias Löhr daripada Institut Karolinska di Stockholm, Sweden, baru-baru ini membentangkan statistik membimbangkan, yang menjelaskan bahawa tumor pankreas, hanya dibuang melalui pembedahan kira-kira 20% daripada kes-kes kanser pankreas. Selebihnya, sebanyak 80% daripada pesakit perlu beralih kepada kemoterapi, radiasi, dan/atau penjagaan palliatif.




Kaedah pemeriksaan Kanser Pankreas.

- Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenalpasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)

- Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat. Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)

- ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.

Untuk pengetahuan orang ramai, penyakit kanser pankreas ini selalunya lambat dikesan dan ia pula amat cepat bergerak di dalam badan menyebabkan ia antara kanser yang amat digeruni ramai. Disebabkan penyakit ini selalunya disertai dengan metastasis (pergerakan sel kanser ke tempat lain), kurang daripada 10 peratus individu yang menghidap penyakit ini sesuai untuk menjalani pembedahan radikal yang membuang tisu pankreas keseluruhannya, kerana metastasis sesuai menggunakan kemoterapi.

Sekiranya didapati sesuai, kanser yang duduknya di kawasan kepala pankreas boleh dibuang melalui teknik Whipple's. Teknik ini membuang kepala pankreas dan menggabungkan semula salur hempedu, baki pankreas dan usus dengan susunan yang teratur.


Kesakitan yang amat sangat sering dirasai oleh penghidap penyakit ini. Oleh sebab itu, doktor doktor menggunakan dadah opiates (Morphine) kepada pesakit. Celiac plexus juga dikenakan alkohol bagi meredakan kesakitan sewaktu pembedahan.

Prognosis.

Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanyak 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang mengidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas)

2 ulasan:

  1. Salam jumaat...
    thanks the info..sebab hari ini dapat 1 ilmu lagi tentang kanser...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. sebenarnya banyak penyakit tersembunyi yang mungkin ramai di kalangan kita tak tahu mengenainya. :)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.