Hati aku mudah tersentuh kalau..


Hati aku mudah tersentuh kalau.. Lelaki, penuh dengan ego. Lelaki ni, walaupun mereka di dalam keadaan yang sukar sekalipun, mereka tetap akan tunjukkan diri mereka cool. Sebabnya, ego sang lelaki. Aku pasti ramai lelaki yang menangis, tetapi ianya sekadar di dalam hati mereka. Ini adalah kerana, lelaki yang mengeluarkan air mata di anggap sebagai lemah pada mata sebilangan wanita.

Baik. Setiap lelaki memiliki kisahnya yang tersendiri. Jika di tanya pada aku, hati aku mudah tersentuh kalau ianya melibatkan anak-anak. Apa sahaja cerita sedih yang melibatkan anak-anak, hati aku pasti tersentuh. Sifat seorang ayah kan, tak sama seperti seorang ibu. Ayah sememangnya kerap marah pada anak-anak mereka, tetapi tidak bermakna mereka bencikan anak-anak mereka.
Ada juga ayah yang tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Ini yang sering di salah anggap oleh anak-anak. Ini lebih kepada sifat peribadi ya, terpulang kepada individu itu sendiri.

Kisah Sedih Disebalik Anime Crayon Shin Chan.


Aku terbaca kisah ini daripada perkongsian rakan blogger Malaysia di blognya. Aku sendiri baru tahu mengenainya. Siapa tahu, watak shin chan itu adalah satu watak sebenar yang wujud di dalam dunia. Dalam pada kita tergelak melihat keletah shin chan, ada seseorang yang menahan derita darinya.

Mengikut cerita yang aku baca, Shin chan dan adiknya himawari telah terlibat di dalam sebuah kemalangan maut. Akibat daripada itu, ibu kepada kedua anak ini, misae telah mengalami tekanan jiwa yang sangat kuat.

Misae selalu membayangkan anak-anaknya membesar dengan riang. Misae dikatakan, menggunakan krayon milik anaknya dan melukis di dalam bukunya setiap hari. Penulis anime Shin chan, Yoshito Usui, sempat menulis mengenai hal ini pada episode pertama anime shin chan.


Dan jalan cerita anime shin chan yang kita lihat setiap hari di kaca televisyen adalah jalan cerita “imaginasi” misae yang membayangkan anak-anaknya membesar dengan riang ria.

Sungguh! Hati aku sangat tersentuh dengan cerita yang aku baca ni. Sebabnya aku juga punya 2 orang. Tak terkata perasaannya jika aku juga mengalami perkara yang sama. Sesungguhnya aku memohon agar dijauhkan perkara seperti ini, kerana aku tidak mampu untuk membayangkan bagaimana kosongnya hati dan perasaan aku jika berhadapan dengannya. Allahurabi. :’(.

Kisah ular sawa yang berkorban nyawa melindungi telur daripada kebakaran hutan.




Pagi tadi, sewaktu aku buka blog, aku terbaca mengenai kisah ini yang berlaku di Negara jiran kita, Indonesia. Mereka pada ketika ini, sedang dalam usaha membanteras kebakaran hutan yang dianggap paling besar di dalam sejarah.

Tapi bukan kebakaran hutan di Indonesia yang ingin aku ceritakan, tetapi mengenai kisah seekor ular sawa yang berkorban nyawa demi untuk menyelamatkan telurnya daripada kepanasan api. Ular sawa yang di temui di sebatang pokok dilihat, melingkari telurnya seperti ingin menyelamatkan telurnya, tetapi tidak berhasil. Ular ini ditemui terbakar bersama telur-telurnya.

Usah bercerita mengenai manusia, kerana ada manusia yang tidak bersyukur dengan kurniaan rezeki yang tidak terhingga yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak bersyukur dengan zuriat mereka sehingga mendera dan menyakiti anak-anak mereka, malah ada yang hingga menemui ajal!

Seganas-ganas haiwan, tidak sesekali mereka akan menyakiti anak mereka. Hairannya mereka langsung tidak memiliki akal jika dibandingkan dengan manusia.

Apa sahaja cerita yang melibatkan pengorbanan ibubapa kepada anak-anaknya, pasti menyentuh hati aku. Semua ibubapa *terkecuali bagi mereka yang tidak tahu menghargai* pasti akan melakukan apa sahaja untuk melindungi dan membesarkan anak-anak mereka.

Tapi sayangnya, masih ada anak-anak yang langsung tidak menghormati malah menderhaka kepada ibu bapa mereka..

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.