Lupakan tentang SEO! Mula fokus pada content.


Lupakan tentang SEO! Mula fokus pada content. Aku baru selesai baca perkongsian yang menarik yang ditulis oleh Jon Morrow, CEO of Boost Blog Traffic. Aku mengambil masa yang lama untuk memahami 20 langkah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan daripada blog. Ada 2 sebab kenapa aku mengambil masa yang lama, yang pertama adalah kerana aku tidak faham bahasa english dan keduanya, tulisannya memerlukan kita berfikir.

Baik. Daripada 20 langkah yang dikongsikan beliau, ada satu perkara yang membuatkan aku berfikir terlalu lama. Seo! Ya! Seo adalah sangat penting bagi sesebuah blog. Aku akui, semasa aku baru-baru buat blog dan mungkin hingga ke hari ini *sebelum aku baca tulisan Jon Morrow* minda aku hanya fokus, aku perlu tingkatkan Seo blog ceritaejoy.



Boleh dikatakan, hampir setiap hari aku akan mencari Seo Blogspot Tutorial. Ini membawa aku kepada banyak blog. Dan paling banyak dan boleh dikatakan 1 gedung ilmu Seo adalah pada blog Pakar Seo Malaysia, Hasrul Hassan. Disini, kita boleh mempelajari pelbagai ilmu mengenai Seo.

Tetapi, apa yang aku lakukan adalah salah *belajar Seo tidak salah Ya!* Mengikut bacaan aku, ramai blogger baru sering melakukan kesilapan ini termasuklah aku. Kesilapan yang bagaimana? Hanya fokus pada Seo tetapi tidak pada content. Tidak ada maknanya jika blog kita mempunyai Seo yang hebat tetapi tidak mempunyai Content Yang Menarik.

Apabila blog yang kita bangunkan mempunyai content yang berkualiti, kita telah berjaya membina identiti yang tersendiri dan yang paling hebatnya, blog kita mula mendapat trafik carian tanpa melakukan apa-apa! Hebat bukan? Bayangkan kita menulis 1 artikel yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Dan ianya sememangnya memiliki content yang berkualiti. Selesai menulis, kita kongsikan di blog kita. Dan tanpa kita sedari, tulisan kita itu memberikan trafik yang berterusan kepada blog kita, walaupun ianya telah berada bertahun lamanya di blog kita.

1 lagi yang menjadi ingatan kepada aku adalah, semakin panjang tulisan anda, semakin besar trafik yang akan datang ke blog anda. Ahha! Pastikan juga tulisan anda mempunyai keyword carian yang hebat! Oleh yang demikian, jom sama-sama kita belajar menghasilkan content yang berkualiti dan mula menulis dengan panjang! Harapnya korang janganlah bosan ya! Hehehehe.

6 ulasan:

  1. Wahh, entri yg mantap ni.. mmg betul, content + SEO perlu seiring..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.kan. Hehehehe. Jadi, sentiasa fokus pada content. :)

      Padam
  2. betui.. sgt setuju.. saya pon hari hari belajar mengenai seo dan HH adalah rujukan pertama saya sebelum saya menghadap sifu y lain. memandangkan saya bukan dari bidang ini. kalau seo kita baik tapi tiada kontent atau cerita menarik tak guna juga kan?

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    BalasPadam
  3. terima kasih ejoy berkongsi kembali apa yang ejoy pelajari, jom kita aplikasikan bersama :)

    BalasPadam
  4. Yup, betul..ada entry yang dah ditulis 2-3 tahun lepas tapi masih menduduki post paling popular di blog..

    BalasPadam
  5. start hujung tahun lepas sy da mula fokus pada content :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.