Cara Usya Awek
Cara Usya Awek. Semalam aku cuti dari berbloging. Alasannya, Anak Kena Demam Campak. Bukan sorang, tapi dua-dua kena. Nak jaga sorang pun bukan mudah, inikan pula berdua. Lagi pulak, mereka masih kecil, bertambah rumitlah penjagaan mereka tu. Alhamdulillah, hari ini, berkurang sedikit campak mereka tu. Insha Allah, dalam entry yang lain, aku kongsikan Pengalaman Anak Kena Demam Campak dan juga Petua Anak Kena Demam Campak.
Orait. Macam biasa, pagi-pagi macam ni, aku akan buka blog ceritaejoy dan melihat "perkembangan" blog ini. Antara lokasi kegemaran aku adalah search keyword blog. Apa yang menariknya hari ini adalah, bila aku terbaca 1 keyword yang berbunyi seperti ini: Cara Usya Awek. Ish, seingat aku, belum ada entry khas mengenai hal ini di blog aku. Jadinya, macam mana boleh ada keyword ni dalam blog aku? Hahahaha.
Baik, aku nak terus terang. Aku bukan pemikat wanita. Wahaha. Aku ni pemalu orangnya. Aku pun tak pasti macamana aku usya isteri aku dulu. Hahaha. Tahu-tahu buat keputusan nak kahwin je. Boleh macam tu? Hahaha. Ok, jap, mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu maksud "usya". Aku tak pasti samada perkataan ini ada di dalam kamus, tapi penggunaan bahasa ini difahami oleh ramai orang. Usya bermaksud memikat atau melihat. Lihat pada penggunaan ayat tersebut:
Usya awek : Mengorat atau memikat wanita.
Usya Tempat : Melihat kawasan sesuatu tempat.
Teknik Memikat Wanita Idaman.
Aku bercerita mengenai pengalaman aku. Teknik yang aku gunakan mungkin berbeza dengan lelaki lain. Tetapi teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan dan mungkin boleh diaplikasikan oleh lelaki lain. InsyaAllah.
Orait. Yang pertamanya, kena tengok niat, untuk apa nak usya seseorang perempuan tu. Maaf cakap la ya, ada yang usya hanya untuk suka-suka, dan ada yang suka berniat untuk dijadikan teman hidup. Itu masing-masing la ya.
Macam aku, aku berniat menjadikan wanita yang ingin aku pikat itu sebagai teman hidup aku. Jadinya, aku punya matlamat. Bila dah ada matlamat, perjalanan itu pastinya dipermudahkan, inshaAllah. Hehehhe.
Baik, perkara pertama, yang paling penting adalah keikhlasan. Kena tunjukkan keikhlasan kita, bersungguh-sungguh, mahu jadikan seseorang itu sebagai teman hidup. Ada lelaki, suka berterus terang sahaja. pergi pada seseorang tu, dan cakap, sudi tak awak jadi teman hidup saya. Dalam kes macamni, tak semuanya menjadi. Yelah, kenal pun tidak, tiba-tiba ajak kahwin, kan pelik?
Yang keduanya, kena tunjuk kan diri kita yang sebenar. Jangan jadi orang lain. Jadi diri sendiri adalah lebih baik dari berpura-pura jadi lelaki yang sempurna. Ada wanita yang mudah terpikat dengan lelaki yang semacam ini, tapi selepas mendapat tahu perangai sebenar lelaki tersebut, bermulalah episod hitam. Ini yang kita tak nak ni. Kan?
Yang ketiganya, biarlah hubungan yang ingin dibina ini, berlandaskan agama dan atas nama Allah yang esa. Bila kita meletakkan perkara ini pada yang maha esa, inshaAllah, perjalanan hubungan itu akan berkekalan sepanjang hayat. Ini yang kita mahukan.
Ok, aku rasa 3 perkara yang aku kongsikan tadi, sudah memadai untuk memikat wanita. Aku bercerita melalui pengalaman aku, tapi kalau korang nak yang lebih "extra", kenalah tanya pada yang pakar. Hehehe. Semoga perkongsian ini membantu rakan yang mencari Cara Usya Awek dekat blog ceritaejoy ni ya! Hehehe. Jumpa lagi dalam entry yang lain.

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com