Blog Reviews : mulan-sahbanu

Oktober 30, 2015
Miss BaNu StoRy

Blog Reviews : mulan-sahbanu. Alhamdulilah, harini aku diberi kesempatan untuk mulakan projek segmen review yang aku lancarkan baru-baru ini. Alhamdulilah juga, sebanyak 19 blog telah menyertai segmen ini. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang memberi sokongan kepada blog ceritaejoy. Baiklah! Kita mulakan dengan blog yang pertama, http://mulan-sahbanu.blogspot.my/.

Blog dengan warna tema biru. Ahha! blogger dari penang! hye, kita dari serumpun yang sama. Ala, kedah dengan penang, bukan jauh pun, kan? Tapi percaya tak, selama aku hidup, baru 2 kali aku masuk penang. Hahahaha. Yang pertamanya, waktu hantar adik lelaki aku masuk sekolah teknik dekat balik pulau. Dan yang keduanya, sewaktu ambil adik aku abis sekolah teknik. Ahha! hehehe.

Baiklah, menyusuri blog ini, apa yang aku lihat dengan mata kasar, banyak menceritakan mengenai hiburan. Kalau di teliti dengan lebih detail, blog mulan-sahbanu banyak bercerita mengenai isu-isu semasa dan review mengenai drama korea! Ahha, teringat seorang rakan blogger yang pernah direview blognya oleh aku. Hantu korea! hahahaha. Selain itu, pemilik blog ini juga ada buat review mengenai produk-produk dan juga pengiklanan.

Ahha! Aku terlepas pandang! Pemilik blog ini juga meminati novel. Hmm, perempuan, mesti minat novel+drama+cerita korea. Kan? Ala aku tahu, walaupun bukan semua, tapi hampir kebanyakkannya memiliki minat yang sama. Aku ada 3 orang adik perempuan + 2 orang adik ipar perempuan, dan mereka memiliki minat yang sama. Aku juga dah jumpa banyak blog wanita yang berkongsikan perkara yang sama. Jadinya, rumusan aku adalah betul. kan? Cuma aku belum jumpa lagi lelaki yang meminati perkara-perkara ni. Aku tahu ada, tapi aku belum jumpa. Hehehe.

Orait, jika korang mencari-cari info mengenai drama terbaru, juga rancangan terbaru atau info mengenai drama korea, korang boleh singgah ke blog http://mulan-sahbanu.blogspot.my/. Bagi orang yang kurang menonton televisyen seperti aku ni, kalau singgah ke blog ni, dapatlah tahu apa yang top dekat tv sekarang ni. Sekurang-kurangnya, bila orang dok berbual dengan rest area, takdelah aku senyap je. kan? hehehehe. Jom terbang ke blog Mulan-sahbanu!

2 ulasan:

  1. haha tak adalah semua perempuan minat korea. saya x minat korea. saya minat hindustan je.

    oh pasal hiburan ye. menarik juga

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.