Ayahanda Rani Kulop Kipidap Buat Report lagi!
Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata laporan yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi adalah untuk menggesa kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya untuk menangguhkan kenaikan kadar tol.
" Pihak kerajaan dan syarikat tol perlu melakukannya secara perlahan-lahan. Jangan membebankan rakyat," kata Abdul Rani Kulup kepada pemberita.
"Saya mewakili rakyat untuk meredakan keadaan. Jangan menaikkan kadar tol pada masa ini, supaya rakyat tidak tertekan," katanya.
Abdul Rani Kulup berkata kerajaan perlu campur tangan dalam perkara ini kerana kadar tol tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya.
"Orang ramai sudah dibebani dengan kenaikan harga bahan api, barangan, dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," katanya.
Sementara itu, Abdul Rani Kulup juga membuat dua laporan berasingan pada jenama selipar dikenali sebagai "Glacio G-2079" yang mempunyai kalimah Allah di atasnya, dan sirap batuk yang dinamakan "Royce" yang mengandungi 6% daripada etanol yang boleh menyebabkan isu-isu kesihatan .
"Saya menyeru kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya.
Sumber : thesundaily
Terbaiklah Ayahanda Rani Kulop Kipidap! Terima kasih kerana membantu kami meluahkan apa yang tersimpan di dalam jiwa kami ni. Sememangnya kami sudah terbeban dengan kenaikan banyak perkara. Oleh yang demikian, perlulah ada usaha untuk mengurangkan beban kami. Janganlah suruh kami pergi ke tempat lain pula. Kerana ini juga tanah kami. Asalnya kami disini.
Sedih juga bila kita di minta keluar dari rumah sendiri. Bukan mudah untuk membina sebuah rumah. Dan bukan hanya beberapa orang sahaja, malah ianya melibatkan semua orang. Jadinya kami berharap agar pihak berwajib mengkaji semula perkara ini.
macam2 cerita...
BalasPadamHehe..Memang terbaik dia ni kan..Berani Bersuara..
BalasPadamHehehe. Itula, habis semua di reportnya. Tapi ada bagusnya juga kan? Hehehehe.
PadamApa yang beliau report kan ni ada betulnya :D
BalasPadamTapi kat tv sekarang menteri-menteri tengah sibuk memberi justifikasi kenapa harga tol memang patut naik haha
yelah, orang-orang pandai tu. Buat apa semuanya betul. Pendek kata,apa sahaja yang datang dari pemikiran mereka adalah betul. Yang menanggungnya, ha ni, orang macam kita. Hmm
Padam