10 Perkara Ini Mungkin Telah Tamat Tempoh.
Yang pertamanya. Cuba pergi ke bilik air dan periksa berus gigi anda. Adakah ianya sama seperti gambar di atas? Jika ya, sila tukar sekarang kerana ianya sudahpun tamat tempoh. Kadar peratusan bersih bagi pengunaan berus gigi seperti ini tersangatlah rendah. Dan percaya atau tidak, ramai di kalangan kita yang masih menggunakannya. Betul tak? Ala, jangan malu-malu, orang dah tahu dah. Hehehehe.
Yang keduanya adalah, span pembersih kotoran pada pingan mangkuk. Ok, tiada peraturan khusus mengenainya. Namun, daripada pembacaan di google, ianya perlu digantikan selepas seminggu penggunaannya. Dan ianya juga perlu dibersihkan dengan menggunakan air suam. Hmm, agak-agaklah, siapa yang hanya menggunakan span ini dalam masa seminggu dan yang lebih penting, siapa yang membersihkan span ini menggunakan air suam? Bersihkan dengan air paip, perah sampai kering, letak semula dekat tepi, kan? Hehehe.
Fuh. Yang ketiga, cuba lihat kasut sukan anda. Baik, siapa yang tahu berapakah tempoh masa penggunaan kasut tersebut? Ahha! Aku tahu. Hehehe. Kasut tersebut perlu diganti selepas digunakan bagi jarak larian sejauh 400km! Soalan pertama, siapa yang mengira jarak larian mereka? Soalan kedua, siapakah yang menggunakan kasut sukan mereka sehingga rosak dan koyak? Hehehe. Rata-rata dari kita semuanya samakan? Dah betul-betul rosak baru tukar, selagi boleh pakai, kita pakai, kan? Hehehehe.
Hish, rasa macam banyak benda dekat rumah kita, yang sebenarnya dah tamat tempoh tapi kita masih guna hingga sekarang. Tak perlu nak cerita habislah, 3 perkara dekat atas tu je dah banyak orang buat, kan? Hehehe. Tapi kalau korang nak tahu juga, korang boleh baca dekat entry ini: 10 Perkara Ini Mungkin Telah Tamat Tempoh.
singgah > http://jmbelog.blogspot.my/2015/10/fuyooo-ggiveaway-by-mama-darwiish.html
BalasPadamhaha..betul betul..lagi lagi kalau kasut tuh...kalau tak rosak or koyak memang akan pakai punyer la sampai lunyai..sbb kasut nih makin lama pakai makin selesa.
BalasPadam