Tips menghadapi peperiksaan dan doa.
Tips menghadapi peperiksaan dan doa. Esok, pelajar-pelajar darjah enam akan mula menduduki peperiksaan UPSR. Jadi, aku nak ucapkan semoga maju jaya dan dipermudahkan menjawab semua soalan. Disini, aku ingin kongsikan beberapa tips menghadapi peperiksaan. Bukan sahaja untuk peperiksaan UPSR sahaja ya, malah untuk semua jenis peperiksaan yang ada. InsyaAllah.
Tips menghadapi peperiksaan.
1. Bersedia dan datang awal.
Pastikan kita datang awal dan bersedia dengan kelengkapan untuk menghadapi peperiksaan. Kelengkapan itu adalah, pen, pensil, pemadam, kakulator, pembaris dan lain-lain. Bila semua ini tersedia, anda akan lebih bersemangat untuk menjawab soalan.
2. Bersikap tenang.
Perasaan gementar hanya akan membuatkan anda berasa tidak yakin ketika menjawab soalan. Jadi sentiasa bersikap tenang.
3. Lihat dahulu soalan dan sediakan jawapan ringkas.
Ambil masa untuk melihat kesemua soalan yang diberi. Kemudian buat satu rumusan/kata kunci untuk menjawab soalan-soalan yang diberi. Idea menjawab soalan tidak datang setiap masa. Jadi buat dahulu rumusan mengenai semua soalan yang diberi.
4. Jawab soalan yang paling mudah dahulu.
Jangan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan yang sukar. Ini hanya akan membuatkan anda berasa tidak yakin untuk menjawab soalan seterusnya. Jadi, jawab soalan yang paling senang dahulu. Apabila kesemua soalan ini telah di jawab, anda boleh mula menjawab soalan yang sukar.
5. Sediakan kata kunci untuk menjawab soalan karangan.
Ambil kertas kosong dan sediakan point utama karangan anda. Sesudah selesai menyenaraikannya, anda boleh mula menjawab soalan berdasarkan point-point yang telah anda senaraikan.
6. Periksa semula jawapan-jawapan anda.
Selesai menjawab soalan, ambil masa untuk periksa jawapan-jawapan anda. Bagi soalan karangan, periksa semula ejaan perkataan.
7. Yakin.
Akhir sekali, anda mestilah yakin dengan apa yang telah anda lakukan. Anda sudah pasti telah melakukan pelbagai perkara sebelum menghadapi peperiksaan ini. Jadi jangan takut dan bersedialah untuk kertas seterusnya. Ya!
Doa menghadapi peperiksaan.
Bagi orang muslim, doa adalah senjata utama di dalam pelbagai perkara, termasuklah ketika menghadapi peperiksaan. Berikut adalah koleksi doa yang boleh anda amalkan.
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”
Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”
Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
semoga budak2 yang nak hadapi exam mampu jawab dengan tenang
BalasPadam