Alfatihah.Senarai nama jemaah haji malaysia yang terkorban.
Alfatihah.Senarai nama jemaah haji malaysia yang terkorban. Setakat semalam, 4 jemaah haji disahkan terkorban dalam kemalangan kren jatuh di masjidil haram makkah. Semalam, tabung haji telah mengenal pasti 3 lagi jemaah yang terkorban. Mereka adalah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37 dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan. Mereka telah dikenal pasti oleh waris dan keluarga yang berada di tanah suci.
Ini melengkapkan 4 jemaah haji yang terkorban akibat kren tumbang di mekah. Jemaah haji malaysia yang pertama terkorban adalah Rusiah Suar, 56, dari Sungai, Perak. Proses pengecaman jenazah dilakukan dengan cara mengenal pasti gambar dan barangan pengenalan mangsa. Jemaah haji malaysia dikenali dengan tanda seperti buku rekod kesihatan, pas dan gelang. Ini memudahkan dan mempercepatkan usaha pengecaman dan pencarian.
Tabung haji masih lagi mencari 3 jemaah haji malaysia yang hilang. Mereka adalah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor). Marilah kita bersama-sama mendoakan mereka berada di dalam keadaan yang baik dan akan ditemui di dalam masa yang terdekat. InsyaAllah.
Sedikit mengenai tragedi kren tumbang di mekah akibat ribut pasir yang telah mengorbankan 107 orang dan 238 orang cedera. Kren tersebut tumbang ketika jemaah sedang melakukan tawaf di kaabah dan ada jemaah haji berjalan di antara gunung Safa dan Marwah. Banyak gambar yang di kongsikan di media sosial menunjukkan jemaah berlumuran darah dan serpihan daripada bahagian kren terhempas melalui siling. Pihak arab saudi membesarkan kawasan masjid kepada 400.000 meter persegi (4.3 juta kaki persegi), untuk membolehkan ia menampung sehingga 2.2 juta orang serentak
Pada tahun 2006, lebih daripada 360 jemaah haji meninggal dunia dalam rempuhan di padang pasir di Mina, dekat Mekah. Bagaimanapun, tragedi yang paling teruk adalah pada tahun 1990, apabila seramai 1,426 jemaah haji meninggal dunia dalam kes rempuhan di terowong penjalan kaki yang penuh sesak ketika itu.
Salam singgah pagi dari nieyl :)
BalasPadamSemoga ahli keluarga mangsa terkorban..
tabah menghadapi dugaan ini...
Semoga segala urusan di sana dipermudahkan.>Aminnn