Br1m 2015 Bayaran Ketiga dipercepatkan.


Br1m 2015 Bayaran Ketiga. Semalam tengok berita, katanya bayaran br1m 2015 kali ketiga akan dipercepatkan daripada 28 september 2015 kepada 21 september 2015. Itu bermakna, wang br1m akan dibayar bermula hari ini! Ahha! Mereka yang punya akaun bank online, dah pasti dari pagi tadi hingga sekarang asyik buka akaun untuk tengok samada dah masuk ke belum. Kan?

Brim 2015 dah masuk ke belum? Inilah yang aku dengar dari pagi tadi sampailah sekarang ni. Kawan-kawan dekat sini asyik dok bercerita benda yang sama je. Sampaikan aku sendiri terjebak sama dok bercerita. Kalau mereka asyik buka akaun online, aku pulak dok pasang telinga. Yelah, kalau salah seorang dari mereka cakap, duit br1m 2015 dah masuk, ini bermakna, orang lain pun dah mula terima jumlah yang sama. Kan? Ye idok?

Sebagai info kepada semua, Br1m 2015 Bayaran Ketiga pada bulan sept ini adalah bersamaan dengan RM350. Ini adalah bayaran akhir bagi melengkapi bayaran sebanyak RM 950 *bagi pendapatan isi rumah bawah RM3000 sebulan*. Boleh rujuk jadual di bawah:


Tarikh pembayaran bermulaPendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
15 Januari atau 12 Februari 2015RM300RM200RM350
28 Mei 2015RM300RM200---
21 September 2015RM350RM350---
JumlahRM950RM750RM350

Mengikut cakap-cakap, br1m 2016 akan dinaikkan. Tetapi, jumlahnya aku masih belum tahu. Sebabnya, bila dah terlalu ramai yang bercakap, jumlahnya jadi tidak sama. Ada yang cakap itu, ada yang cakap ini, sudahnya kita tunggu jelah. Kan?

Cerita tu kita lupakan dulu. Kita fokus pada Br1m 2015 Bayaran Ketiga ni. Waa, kenapa tak masuk lagi? Duit RM350 tu boleh pakai 3 bulan tu *Merujuk kata seorang bijak pandai*. Ish. Rasanya beli barang anak-anak pun dah habis ni. Tapi kan, kalau kita cakap lebih-lebih, nanti ada orang yang cakap dengan kita "bersyukur lah dapat", tapi macam mana pula dengan kes yang dapat banyak-banyak tu? Ahha! Malas aku nak cerita dekat sini, pandai-pandailah korang faham ya!

2 ulasan:

  1. Salam ejoy ..Kak lya singgah BW sini dari BW UZU.. Jemput singgah www.akifimtiyaz.com ..selamat menikmati BRIM ..

    BalasPadam
  2. Brim xmasuk lg, almost 8.30 pm doh ...

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.