Aku jeles!


Ish. Kenapalah pagi-pagi macam ni aku nak jeleskan? Lepas tu nak jeles dengan siapa? Ceritaejoy sebenarnya jeles dengan blog-blog yang berkongsikan gambar-gambar yang menarik! Ish! Jeles sungguh. Aku kalau singgah ke blog yang aku maksudkan tu, confirm aku belek 1 persatu page yang ada. Leka di buatnya!

Blog bergambar yang aku maksudkan ni, bukan blog gambar 18sx atau blog Gambar Lucah Artis ye! Yang aku maksudkan, blog yang diisi dengan gambar yang diambil oleh pemiliknya. Ianya samada gambar pemandangan, gambar semulajadi atau gambar kehidupan harian. Orang kita ni, bila kita sebut blog lucah, cakap tak eloklah kongsikan dalam blog atau bercerita mengenainya, tapi percayalah, kadang-kadang orang yang bercakap mengalahkan orang alim itulah yang selalu singgah ke blog semacam ini. Huh!

Sambung balik cerita aku jeles ni. Kamera sebenarnya tak memainkan peranan yang pentingkan? Kreativiti pemilik yang sebenarnya menjadikan gambar itu mampu menerangkan segala. Cerita dalam gambar! Hebatkan? Tengok gambar je dah tahu apa yang pemilik blog nak cerita. Serius! Aku suka dengan blog macam ni.

Aku pun teringin nak ada blog macam ni. Minat dah ada, cuma modal nak dapatkan kamera je belum ada. Ada tak kamera dslr murah? Lepas tu mana yang lebih baik? Kamera dslr canon atau kamera dslr nikon? Atau kamera dslr sony? Atau ada sesiapa yang nak kongsikan kamera dslr terbaik 2015 dengan aku? Hehehehe.




InsyaAllah, tahun ni memang tak boleh nak dapatkan kamera ni, tahun depan bolehlah. InsyaAllah, semoga ada rezeki dekat situ. Kita ni kalau bujang, semua benda pun boleh kan? Tapi bila dah bekeluarga ni, kenalah dulukan keluarga. Jangan nanti, bawa Kamera Dslr Paling Mahal Di Dunia tapi anak-anak pakai seluar carik. Dah tak sedap di pandang. Ye idok?

Buat masa sekarang, biarlah aku jadi secret admirer pada blog-blog ini. Blog makanan terkenal atau Blog Fesyen adalah di antara blog yang sering memaparkan gambar-gambar yang menarik. Kali ini aku malas nak sertakan blog-blog yang aku suka lawat. Bukan sebab apa, malulah nanti kalau korang tahu apa yang aku suka tengok. Hahahaha. Tapi aku nak cakap ye, aku tak tengok blog lucah. yer! Ha. Oklah, terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.