Swift code bank malaysia
Swift code bank malaysia. Apa itu swift code? Kenapa ia penting? Ia digunakan untuk apa? Ini antara soalan-soalan yang bermain di dalam fikiran aku ketika aku diminta untuk mengisikan (BIC). Baik, apa itu Bic code? Jika anda ingin berurusan mengenai perpindahan wang melibatkan bank antarabangsa, anda perlu tahu akan hal ini.
Baik. Swift code merupakan suatu format piawai Kod Bank Identifi (BIC) dan ia adalah kod pengenalan unik bagi bank tertentu. Kod-kod ini digunakan ketika proses memindahkan wang antara bank, terutamanya bagi pemindahan antarabangsa. Bank-bank juga menggunakan kod ini untuk bertukar-tukar mesej di antara mereka. Swift code terdiri daripada 8 atau 11 aksara. Apabila kod 8-digit diberikan, ia merujuk kepada pejabat utama.
Penerangan di atas adalah bahasa kamus. Kalau dalam bahasa mudahnya, swift code digunakan apabila korang ingin memindahkan atau ada proses kemasukan wang dari bank luar negara ke dalam akaun bank korang. Dalam form yang korang perlu isi, akan ada 1 kolum (BIC). Korang kena kenal pasti bank apa yang korang guna, semacam contoh maybank. Jadinya bagi maybank, swift codenya adalah MBBEMYKL. Dari mana nak tahu code ini? Nanti aku terangkan sekejap lagi ya!
Buat masa sekarang, ada lebih 40,000 swift code *korang rasa korang boleh hafal tak? Hehehe*. Kod-kod ini mempunyai hubungan aktif dengan rangkaian swift. Swift code dikendalikan oleh Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) dan beribupejabat di La Hulpe, Belgium. Ok, sekarang dah jelaskan Apa itu swift code? Dan apa itu Bic code? Sekarang aku nak kongsikan pula Swift code bank malaysia.
Senarai Swift code bank malaysia.
No | Bank | Bandar | Swift code |
1 | AFFIN BANK BERHAD | Kuala Lumpur | PHBMMYKL |
2 | AMBANK (M) BERHAD | Kuala Lumpur | ARBKMYKL |
3 | BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD | Kuala Lumpur | BIMBMYKL |
4 | BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT) | Kuala Lumpur | BKRMMYKL |
5 | BANK NEGARA MALAYSIA | Kuala Lumpur | BNMAMYKL |
6 | BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD-AGROBANK | Kuala Lumpur | AGOBMYKL |
7 | CIMB BANK BERHAD | Kuala Lumpur | CIBBMYKL |
8 | CITIBANK BERHAD | Kuala Lumpur | CITIMYKLLAB |
9 | HONG LEONG BANK BERHAD | Kuala Lumpur | HLBBMYKL |
10 | MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) | Kuala Lumpur | MBBEMYKL |
Ini adalah sebahagian daripada bank-bank yang ada. Harus juga dingatkan bahawa swift code di atas adalah berlainan mengikut negeri. Semacam contoh, code di atas digunapakai di kuala lumpur sahaja. Ianya mungkin berlainan jika anda ingin mencari swift code bagi negeri melaka atau negeri selain daripada kuala lumpur. Jika anda ingin mencari code bagi negeri lain, ada boleh carinya di Theswiftcodes. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com