Tempoh masa bagi sebuah entri blog.


Tempoh masa bagi sebuah entri blog. Aku sering tertanya-tanya, berapa lamakah masa yang perlu di ambil oleh seseorang blogger itu bagi menyiapkan sebuah entri atau artikel di blog mereka. Ini pada aku adalah suatu perkara yang penting yang perlu dilihat oleh setiap blogger. Bagi sebuah entri atau artikel yang berkualiti, sudah pasti banyak info dan maklumat mengenainya. Ianya sudah pasti bukan mudah untuk dihasilkan. Soalan aku, berapakah tempoh masa bagi sebuah entri blog seperti ini boleh disiapkan? 1 jam? 3 jam? 1 hari? Atau mungkin lebih daripada itu?

Bagi sebuah entri berbentuk peribadi, dengan menggunakan bahasa perbualan, ianya sudah pasti mudah dihasilkan. Jika masa yang di ambil bagi menyiapkan entri seperti ini bersamaan 15minit *lebih atau kurang* berapa banyak entri yang mampu dihasil dalam masa 1 hari? Semua perkara ini bermain di dalam fikiran aku sekarang. Berapa cepatkah aku mampu menyiapkan sesebuah entri untuk blog ceritaejoy ini.

Masa peribadi seorang blogger juga memainkan peranan. Blogger sepenuh masa mempunyai masa khas untuk menyiapkan entri mereka. Masa mereka sudah pasti tertumpu kepada blog. Berbeza dengan blogger separuh masa. Mereka perlu membahagikan masa mereka di antara kerjaya dan blogging. Disinilah penting kepantasan seorang blogger itu di dalam menyiapkan sesebuah entri.

Apa yang aku nampak, selain idea, bakat penulisan juga memainkan peranan yang penting. Mereka yang sudah biasa atau punya pengalaman yang luas di dalam bidang penulisan, sudah pasti tidak mempunyai banyak masalah di dalam menghasil entri-entri yang berkualiti. Boleh jadi 3 atau lebih entri boleh disiapkan di dalam 1 hari.

Fuh! Kalau di tanya pada aku, memang aku mengambil masa berhari-hari. Selesai menulis 1 entri, aku akan baca semula, dan betulkan jika ada ayat yang salah. Ada juga entri yang aku padam selepas selesai penulisan. Kerana terlalu banyak mengarut daripada menyampaikan apa yang sepatutnya aku sampaikan. Aku sendiri masih merasakan, aku bukanlah seorang penulis, kerana terlalu banyak perkara yang perlu aku belajar. Inilah aku. 

Bagaimana pula dengan anda, para blogger malaysia? Berapakah tempoh masa yang di ambil bagi menyiapkan sebuah entri blog?

4 ulasan:

  1. idea menulis blog ni boleh datang tiba-tiba. kadangkala masa tengah basuh baju tetiba idea datang.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul-betul. Tapi idea tak datang setiap masa kan? Kadang lama idea menulis tu tak datang. Itu yang blog sunyi je tu. hehehehe

      Padam
  2. Selamat pagi...
    Singgah sini...
    Kebiasaannya kalau menulis satu entry tu...ikut idea yg dtg tiba²..
    so,klu baca entry blog saye..lebih kepada santai cmtu laaa...
    Jom Join... http://seindahcerita.blogspot.com/2015/08/segmen-u-follow-i-follow.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik-baik. sekejap. terbang ke sana........

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.